Artis / Selebriti
” Humble dan sporting sangat Datin Red, haha. Penat la gelak, dua-dua kelakar.. ” – Netizen
Video Adira Suhaimi Membuat Parodi Pesanan Untuk Suami Buat Warganet Terhibur. Amboi Punya Panjang Dialog, Melopong Mulut Anaknya Ayub Dengar Adira Membebel. Komen Madu Adira, Datin Red Tu Paling Kelakar. Sekepala Masuk Air Lah Madu-Madu Ni, Hehe !!
Adira Suhaimi antara selebriti yang aktif di media sosial. Saban hari ada sahaja video Adira yang membuatkan peminat terhibur. Dek kerana Adira selalu membuat video kelakar sehinggakan peminat terlupa Adira ini sebenarnya penyanyi bukannya pelawak.
Meninjau akaun Instagram Adira Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira membuat parodi yang berkisarkan tentang pesanan untuk para suami. Kata Adira di kapsyennya, bukan Adira yang cakap tetapi kak Ta yang cakap.
Dengan mimik muka Adira yang penuh penghayatan itu, reaksi anak Adira si Ayub juga mencuit hati. Punya lah mendongak Ayub melihat mommynya itu sampai melop0ng mulut Ayub mendengar Adira membebel. Lucu betul ada mak yang masuk air seperti Adira.

Kata Adira, anak muridnya yang seorang ini memang fokus dengan semua yang dikatakan. Hebat sungguh lip sync Adira, nampak real betul dan semua dialog dihafal dengan cukup baik. Ini kalau orang lain, mahu berbelit lidah Adira oii.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 13 ribu tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian oleh Adira ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
‘‘ Sebut je ank lelaki dok celah ketiak mak, member terus toleh.. Lucu laaaa.. aku tak leh betul la dengan adira ni.. makin kelakar.. ”
” Baby fokus tgh muka mak dia yg kita pun fokus tgk mulut adira haha. Fuhhhhh berapa jam hafal dialog tu.. ”
” Hahahhahaa.. comelnya sikecik tu tekun mendengar… risau dia.. habis la bini aku nanti dapat mak aku sebagai mak mertua.. ”
” Hahahah.. aku pun kompius nk dgr mak dia membebel ke, nk tgk si kecik comel tu haha. Sikecik tu seram nak kawen.. hahaha.. ”
” Maigodddd boleh ikut betul2 tade silap ehh mulut u.. Hahahaha baby pon nasib lalat tak masuk mulut haha.. Menghiburkan hati ku yg sedang gundah gulana.. Thanks adira.. ”
” Anak tu mesti ingat smpai ke besaq apa mak dia ckp haha.. confuse si anak mak dia tengah marah dia ke haha.. ”
” Hahahahahahah anaknya pun focus maknya bercakap laju.. melopong deh tengok omak ea ceghabih.. ”
” Humble dan sporting sangat Datin Red haha. pen4t la gelak dua-dua kelakar masalahnya. siap laki ko adira oiii hahha.. ”
Komen daripada madu Adira, Datin Red yang mencuit hati. Ad0i sama lawak Adira dan Datin Red ini :

Lawak lah Adira ni, sampai melopong si Ayub mendengar Adira membebel. Ini memang betul anak murid yang fokus. Ingat apa mommy cakap tu Ayub sampai besar nanti okey, hehe. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar gurauan daripada Adira dan semoga semua terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen




