Artis / Selebriti
” Hati yang lembut menjadi keras bila sudah tiada rasa.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
 
																								
												
												
											Bingkisan rasa Bonda Rozita Ibrahim mengenai isteri, suami dan perkahwinan buat ramai tersentuh. Ayat yang sangat menusuk ke hati..
Bonda Rozita Ibrahim seorang yang cukup puitis dan sering berkongsikan kata-kata semangat untuk semua pengikutnya. Banyak perihal kehidupan dibahaskan oleh Bonda Rozita baik ketika live mahu pun melalui coretan-coretannya di media sosial.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bonda Rozita, telah dikongsikan sekeping gambar bonda Rozita bersama suaminya. Turut sama Bonda Rozita kongsikan adalah satu luahan hati yang agak panjang membicarakan mengenai hati dan derita seorang isteri.
Kata Bonda Rozita, hati isteri ini memang lembut, namun jika salah asuhan daripada seorang suami, ianya akan menjadi sekeras-kerasnya. Perkahwinan bukan hanya sekadar istilah suami dan isteri tetapi tanggungjawab dan peranan yang perlu masing-masing ada untuk mencipta bahagia.

Ramai isteri yang terluka kerana diri terasa seperti berseorangan walhal punya suami. Sudah lumrah wanita, perhatian dan kasih sayang serta belaian itu perlu daripada seorang suami terhadap isterinya. Jangan dibiarkan isteri keseorangan kerana lama kelamaan hati sang isteri akan dingin dan keras.
Jom baca perkongsian di bawah :
Lebih 7000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bersuami tapi seperti janda… berjuang sendirian… so deep.. ramai yg begitu tapi telan demi keluarga.. sangat tepat apa yang bonda luahkan.. “
” Cuma ada hsemate tp bkn soulmate… benar apa Bonda ckp tu. terima kasih bonda kerana menyuarakan isi hati seorg isteri.. “
” Terbaik bonda mewakili kami kaum hawa.. luahan yang tepat.. Semoga di beri rezeki pasangan hidup yg baik,beriman,takut pd Allah agar dpt hidup tenang dan bahagia.. Aamiin.. “
” Setuju dengan kata kata bonda.. luahan hati yang paling dalam.. Luahan bondarozitaibrahim membukak hati2 isteri yg selama ni nk bckp seperti bonda tp x terluah cuma pendam.. “
” Masyaallah bonda kata-kata yang menusuk ke hati.. benar kata bonda.. Baca status kata2 bunda hati sebak.. apa yg kita rasakan semua ada pada kata2 bunda.. “
” Manis sungguh ayat bonda.. sopan dan padat.. deep bonda so touching.. sangat mendalam dan itu adalah realiti kehidupan.. “
” Menangis baca, deep sangat setiap ayat yang bonda tulis tu.. menusuk ke kalbu. hati bila dah terluka, bukan mudah untuk sembuh.. parut tu tetap ada.. “
Kata-kata yang cukup untuk membuatkan para isteri menangis membacanya. Bukan hanya sekadar luahan hati bonda tetapi mewakili semua hati para isteri yang merasai situasi rumahtangga yang sebegini. Semoga semua para isteri diberikan kekuatan dan kebahagiaan sama seperti bonda.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bonda Rozita Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti17 hours ago Artis / Selebriti17 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
