Connect with us

Artis / Selebriti

” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob

Video Raf Yaakob menyakat minta abangnya, Datuk Fazley Yaakob menyuapnya makan buat ramai terhibur. Kaw-kaw yer Raf perli Datuk Fazley suap Dato’ Vida. Naik merah muka Datuk Fazley kena bahan, haha..

Sejak kebelakangan ini, gosip yang mengaitkan usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida dengan penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob semakin hangat diperkatakan di kalangan warganet. Hubungan mesra yang sering dipamerkan menerusi banyak video dan perkongsian di media sosial membuatkan ramai mula membuat andaian bahawa mereka sedang menjalin hubungan istimewa.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik adik kepada Dato’ Fazley, Raf Yaakob, telah dimuatnaik satu video yang berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian tersebut, Raf dilihat ingin mencuba salah satu produk makanan keluaran anak Dato’ Seri Vida iaitu Cik B.

Apa yang paling mencuit hati ialah apabila Raf secara berseloroh meminta Dato’ Fazley menyuapnya makan. Bukan itu sahaja, Raf turut mengelap bibir abangnya selepas menyuap makanan tersebut seolah-olah meniru layanan manis Dato’ Fazley terhadap Dato’ Seri Vida dalam beberapa video sebelum ini. Reaksi spontan Dato’ Fazley yang hanya mampu tersenyum dan melayan usikan adiknya itu menambahkan lagi kelucuan situasi tersebut.

Gelagat dua beradik ini nyata menghiburkan para pengikut mereka di media sosial. Ramai yang terhibur melihat sikap Raf yang begitu bersahaja menyakat abangnya tanpa henti. Ada juga yang berpendapat usikan tersebut secara tidak langsung menguatkan lagi gosip yang sedang hangat diperkatakan mengenai Dato’ Fazley dan Dato’ Seri Vida.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Hahahaha comel both siblings.. Kacauuu lagi Raf.. Ini kira president club utk Dida and Vida ke Raf kasi jadi ea..  Kami sokong, hahaha.. “

” Adik punnn.. Sebenarnyaa Raf tu pun teringin nak ada org suap dan lap mulut jugak tuuu.. Yang penting dua2 dud terhangat . Tungu turn Raff nnt kena kacau balikkkkkkk biasa tak lama tu.. “

” Wowwww Preseident Davida nakal ek..   Jom kita teka dgn sape dia wsap tu.. Puas ulang2 tau geram nk tahu juga, hahahaa.. “

” Yang penting bukan content cayangggggg.. Ok.. Bass ada space Dollah.. Yang ni kita ada Raf. Hahahhaha Presiden club..  Kami suka kami suka.. “

” Siot lah Raf, berdekah kami gelak.. Betul2 Meneguk di air yg jernih ni.. Apa2 pun kita doakan bagi jadi lah yer..  Nampak sepadan Fazley dan Vida.. “

” Hahaaa … Sedap je dia ngenakan abg dia.. Jadi cepat2 le Dato Fazly ngn Dato Vida.. Suka sangat tengok pasangan ni.. Hhehe.. “

” Habis kena bahan kaw2 weh.. Merah padam muka kawan, hahaha tengha gunting rambut, dah kena kacau.. “

Selain itu, ada yang menganggap Raf sebagai “wakil rakyat” yang berani mengusik abangnya mengenai isu tersebut. Manakala ada juga yang berharap hubungan  antara Dato’ Fazley dan Dato’ Seri Vida tersebut akan ke jinjang pelamin tidak lama lagi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG rafyaakob

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
📰 Berita🏛️ Politik: Politik💰 Ekonomi: Ekonomi⚽ Olahraga: OlahragaPendidikan💻 Teknologi: Teknologi🎬 Hiburan: Hiburan🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized