Artis / Selebriti
” Touching lah tengok Che Ta ci um tangan menantu dia tu.. ” – Komen Netizen
Video moment Rozita Che Wan memeluk dan menci um tangan menantunya, isteri kepada Ammar Affendy buat ramai tersentuh. Jarang tengok ibu mertua buat macam tu dekat menantu..
Meninjau di akaun Instagram milik Habib Jewels, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan suasana indah sekitar majlis pernikahan anak sulung pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta iaitu Ammar Effendy Azuar Effendy. Ammar telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Auni Ikhwan, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung penuh meriah dan bermakna semalam.
Menerusi video yang dikongsikan itu, perhatian warganet bukan sahaja tertumpu kepada pasangan pengantin, malah ramai yang terpukau melihat kecantikan semula jadi Auni yang tampil anggun dan sopan dalam persalinan pengantin. Tidak kurang juga yang mengatakan Ammar dan Auni kelihatan sangat sepadan sebagai pasangan suami isteri.

Namun begitu, momen yang paling menyentuh hati ramai adalah layanan penuh kasih sayang yang ditunjukkan oleh Che Ta terhadap menantunya. Ketika sesi pengantin bertemu ahli keluarga, kelihatan Che Ta menci um tangan Auni sebelum memeluknya erat sebagai tanda penerimaan dan kasih sayang.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan dalam masa yang sama turut memberikan ucapan-ucapan tahniah buat pengantin baru. Antara komen-komen menarik adalah :
” Touching lah tengok Che Ta cium tangan menantu dia tu. Dia sambut menantu dia penuh rasa kasih sayang.. Tahniah Che Ta dah dapat menantu.. “
” Alhamdulillah, tahniah Ammar dan isteri, semoga ikatan rumah tangga ini akan bahagia dan terus berkekalan hingga ke akhir hayat korang.. “
” Alhamdulillah.. Selamat pengantin baru. Semoga bahagia bersama berkekalan mahligai kasih sayang hingga ke jannah. Aamiin allahumma aamiin.. “
” Mami dah ada 2 anak perempuan. Congrats to the newlyweds, moga penuh barakah Sakinah mawaddah dan warohmah.. “
” Lawa menantu nya. Ada iras che ta dan ammar. Bertuahnya auni, majlis kahwin saja pun, mertua dah sponsor bagai nak rak. Takda orang buat uiii, belah laki yang berhabis sakan. Untungnya budak lawa ni.. “
” Segaknye menantu dia… Sopan menutup aurat… Alhamdulillah…. Pengantin dan keluarga sangat cantik… Tahniah che ta atas kehadiran new family.. “
” Alhamdulillah… MashaAllah Tabarakallah, tahniah buat kedua mempalai dan Cik Ta sekeluarga. Barakallah till Jannah Insha’Allah to both of bride Aamiin2.. “
Lebih menyentuh hati, ucapan yang disampaikan Che Ta kepada Auni juga sarat dengan doa serta harapan agar rumah tangga yang dibina sentiasa dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan. Tahniah diucapkan buat Ammar dan Auni, Semoga perkahwinan ini menjadi permulaan kepada sebuah kehidupan yang penuh cinta, kebahagiaan dan keberkatan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG habibjewelofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen

