Artis / Selebriti
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
Video Nur Fatima Aisya meluahkan hasrat ingin bercuti bersama daddynya, Fattah Amin ke Tokyo Disneyland. Alahai manjanya suara Fatima. Part respon Fattah tu win, macam cakap dekat mummy Fatima je tu, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik anak pelakon tampan, Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya, telah dikongsikan satu hantaran video terbaru. Menerusi video itu, Fatima merakamkan dirinya yang sedang bercakap dan meluahkan satu hasratnya kepada Fattah.
Tanya Fatima kepada Fattah, bilakah daddynya akan membawa dirinya ke Disneyland Tokyo. Kata Fatima lagi, dia begitu ingin pergi bersama Fattah dan ingin membawa sekali atuk dan nendanya sekali serta menyebut beberapa nama sepupu-sepupunya. Pada akhir video, Fatima sempat berkata ‘ i love you daddy ‘ untuk Fattah.
Manakala di ruangan kapsyen, telah ditulis ‘Dear daddy’ berserta dengan emoji love berwarna biru dan diakhiri dengan ‘ Love Fatima ‘ beserta emoji love berwarna merah jambu. Selain itu, Fattah turut memberikan respon kepada video Fatima itu menerusi Instagram Story miliknya.

Tulis Fattah, dengan berseloroh adakah video yang dikongsikan oleh Fatima itu dimuatnaik sendiri oleh Fatima. Fattah juga mengatakan dia ada membuat video call kepada Fatima, namun tidak dijawab. Sehingga kini, perkongsian video Fatima itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :

Alahai, comel sungguh mendengar coleteh Fatima menerusi video itu. Manja betul Fatima dengan daddynya. Cara Fattah memberikan respon kepada video Fatima juga mencuti hati. Fattah seperti ingin menyakat ibu Fatima, Fazura yang memuatnaik video tersebut di akaun Instagram Fatima.

Untuk info, selepas Fattah dan Fazura berpisah, hak jagaan Fatima diberikan kepada Fazura. Manakala Fattah pula diberikan hak untuk lawatan bermalam bersama Fatima seperti telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Apa-apa pun, semoga Fatima terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang bijak pandai dan hidup bahagia bersama kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nurfatimaisya, fattahaminz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

