Artis / Selebriti
” Habis lah Hael, kaw kaw kena sakat dengan Kak Lina. Dato’ AC pulak menambah, merah muka Hael, haha.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Hael Husaini apabila menjadi bahan usikan Kak Lina dan Dato’ AC Mizal gara-gara aksi romantis bersama Dayang Nurfaizah buat ramai terhibur. Bila Kak Lina bergabung mengusik dengan Dato’ AC, blushing sampai tutup muka Hael, hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Majalah Remaja dan Big Stage Alpha, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana mencuit hati ketika salah seorang jurinya iaitu Hael Husaini menjadi bahan usikan host Big Stage Alpha, Elly Mazlein atau Kak Lina.
Moment romantis Hael dan Dayang Nurfaizah ketika mempersembahkan lagu Haram di Konsert Meletop TVS dijadikan idea untuk semua menyakat Hael. Kak Lina sendiri beberapa kali mengenakan Hael bermula dari Hael muncul di atas pentas sehingga lah Hael duduk di kerusi juri.
Kak Lina acah-acah meminta Hael untuk berpegangan tangan seperti bersama Dayang. Hael tidak dapat menahan ketawanya dan segera ingin turun ke bawah pentas. Dato’ AC Mizal yang juga ada bersama di atas pentas menambahkan lagi keriuhan apabila memegang dagu Hael sama seperti yang Hael lakukan kepada Dayang.

Tidak cukup dengan itu, Kak Lina juga turut menyanyikan lagu Haram bersama Rina Nose dan mencalit lipstick di dagu. Hael yang sudah memahami Kak Lina akan menbahannya lagi hanya mampu ketawa dan menutup muka. Kak Lina memang meminta betul kali ini, seronok penonton ketawa dengan jenaka Kak Lina itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet dan rata-ratanya terhibur melihat Kak Lina mengusik Hael. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Comel Hael Husaini malu.. reaction malu Hael pun mcam korea.. habis lah jadi bahan.. Kn dh kene usik.. hari tu usik Amirah ngan fattah.. ni kn dh kene haha.. “
” Abis lah Hael, kaw kaw kena sakat dengan kak Lina. Dato’ AC pulak menambah, lagi riuh jadinya. Blushing muka Hael, haha.. “
” Kepom suka sakat tau, ada pulak dato’ ac habis lah Hael haha.. Betul hael kena bahan erkk baru je ade yg komen semalam hahaha.. “
” Aku tak boleh betul dengan Dato’ AC, dia diam pun kelakar. sekepala dengan Kak Lina Kepom, teruk Hael kena sakat.. “
” Terus merah muka Hael bila kak lina usik haha.. hael tu ari kmaen myakat fat dgn amira… haaa kan da kena dgn dorg plakk.. “
” Amboi kak lina pun sampai merah muka mmbr tu .. Orang kata kurma is real haha.. Fattah gelak dari jauh tengok Hael kena sakat.. “
” Betul betul naik sheikh la kak lina pom pom.. seronok je dia kena kan Hael Husaini haha.. ada lg satu time hael n dato ac nk turun stage tu.. “
” Helok je cara Kepom kenakan Hael.. Episod malam ni gelak je, dari awal sampai akhir asyik kena je Hael. Pecah perut ketawa haha.. “
Kaw-kaw Hael kena usik dengan Kak Lina dan Dato’ AC, memang kelakar dan berdekah semua penonton di dewan melihat gelagat host dan juri itu. Benda sudah jadi, apa boleh buat Hael. Bertabah lah Hael kerana pasti setiap minggu Hael akan menjadi bahan usikan Kak Lina, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Remaja, IG Big Stage Alpha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


