Artis / Selebriti
” Habis dikelebek mummy dia, manja betul lah budak Matin ni.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Ketiga Shuib Sepahtu, Ariq Matin Duduk Atas Riba Mummynya, Watie Hanifiah Raih Perhatian Ramai. Amboi Matin, Manja Sungguh Dengan Mummy. Bak Kata Watie, Matin Punya Berkepit Tu Kalah Daddy Dia, Hehe !!
Bagi yang suka mengikuti perkembangan isteri pelawak dan pengacara, Shuib Sephatu iaitu Watie Hanifiah pasti mengetahui yang Watie suka berkongsi video mahu pun gambar bersama anak-anak tirinya. Kalau dilihat, anak-anak Shuib memang rapat dan manja dengan Watie.
Terbaru, Watie telah memuatnaik satu video yang memaparkan telah keluar bersama dua orang anak Shuib iaitu Dzakira Talita Zahra dan adiknya, Ariq Matin. Menerusi video itu, gelagat Ariq Matin atau lebih mesra dengan panggilan Matin nampak begitu manja dengan mummynya.
Kelihatan Matin sedang duduk di atas riba Watie dan Matin sedang meneliti baju dan muka Watie. Sesekali mereka berdua saling menyakat antara satu sama lain. Tulis Watie, Matin sentiasa berada di sisinya dan perkongsian Watie ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang memuji sikap Watie yang tidak kekok ketika melayan keletah manja Matin. Mereka juga turut mengakui yang Watie memiliki sifat keibuan yang membuatkan Matin sangat selesa dengannya. Sehingga kini, video Watie bersama Matin ini telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video oleh Watie ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Habis dikelebek mummy dia, manja betul lah budak Matin ni.. Dia rindu belaian ibu, semoga Watie jadi ibu yang baik untuk anak anak. Youre the best mom.. “
” Alhamdulillah sronok nya tgk.. Aku tgk video ni pun aku senyum sorg².. Best tgk family bhgian mcm ni… Tade lgi ISTILAH “mak tiri” j4hat.. “
” Anak² arwah syg sgt dgn Watie tu bermakna Watie seorang penyayang. Mateen yg selalu berkepit dgn Watie. Rindu belaian ibu, thanks Watie ikhlas memberi kasih syg ini.. “
” Hhahahahaahhaa… Nampak sangat mummy Watie ni baik sgt.. Sampai gitu sekali ditelek Matin.. Moga korang terus hidup bahagia selalu.. “
” Seb4k pula aku tgk video ni.. Thanks Watie, semoga menjadi mummy melayan anak2 yg rindu belaian seorang ibu dan terus berbakti utk keluarga ya.. “
” Martin mmg mnje kan dlu2 dgn arwah.. Sbb tula dgn Watie pun dia buat bnda sme.. Mga mereka semua hpi bhgia dgn mummy.. Aminn.. “
” Mateen obses dengan mummy dia… Habis muka muka dia nak telek.. Suka tengok cara Watie manjakan anak2 Shuib, tak nampak langsng pun macam anak tiri.. “
Alahai manja sangat lah Matin dengan mummy. Jelas terpancar kegembiraan di wajah Matin kerana Matin kini sudah ada tempat bermanja baru seperti mana Matin pernah bermanja dengan arwah ibunya dahulu. Apa-apa pun kita doakan semoga keluarga ini akan terus bahagia bersama hinggalah ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

