Artis / Selebriti
” Mummy masak memang mantul, Dekta tambah 6 kali dah.. ” – Talita
Video Anak Perempuan Shuib, Talita Yang Begitu Selera Makan Masakan Mummynya, Watie Hanafiah Raih Perhatian Warganet. Wahh Sedap Betul Ni Mummy Masak, Sampai Satu Periuk Nasi Dekta Habiskan !!
Sebelum mendirikan rumahtangga bersama pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu, hubungan Watie Hanafiah memang rapat dengan anak-anak Shuib. Malah penerimaan anak-anak Shuib terhadap Watie sebagai mummy baru mereka juga sangat baik.
Meninjau di akaun Instagram ratasyasitisarah, telah berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak perempuan Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra bersama Watie. Menerusi video itu telah ditulis yang Shuib dan Talita telah meminta Watie untuk masak bihun sup tulang.
Kelihatan Talita atau lebih mesra dengan panggilan Dekta sedang merasa sup tulang yang sedang dimasak oleh Watie berkali-kali. Watie memberitahu sudah tiga kali Dekta merasa sup tersebut. Selain itu, gelagat Dekta sedang makan nasi bersama sup tulang dan memuji masakan mummynya itu ‘ mantul ‘ turut menarik perhatian ramai.

Akui Dekta, Dekta sudah berkali-kali menambah nasi sehingga habis satu periuk kerana sup yang dimasak oleh Watie dikatakan begitu sedap. Sehingga kini, video Dekta memuji masakan Watie telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji layanan Watie terhadap Dekta. Antara komen menarik adalah :
” Alhamdulillah. Salah satu menjaga hati anak2.. Masak lah apa yg mereka suka.. Pandai Dekta ambik hati mummy dia.. “
” Alhamdulillah daa besar da Talita.. Muka mummy ni.. Pandai mummy masak, good mummy lah.. Syukur bahagia tengok.. “
Seronok tengok kebahagiaan yang terpancar pada wajah Dekta. Sekarang Dekta dah ada tempat bermanja dengan insan yang bergelar ibu. Semoga kasih sayang antara Watie serta anak-anak Shuib ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat.

Untuk sekadar info, Shuib dan Watie telah selamat bergelar suami isteri pada bulan Jun lalu. Ketika majlis yang berlangsung secara sederhana itu, Shuib telah menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Pasangan pengantin ini memilih pakaian rona putih gading ciptaan Fizi Woo pada majlis perkahwinan mereka.

Sumber : IG ratasyasitisarah, iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

