Artis / Selebriti
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein
Video Elly Mazlein ‘merajuk’ dengan Fattah Amin buat ramai terhibur. Amboi Bamtah, ajak Kak Lina dating, last-last ada plot twist. Mana tak merajuk Kak Lina, kan dah petik nama Amira, haha..
Syarikat pengeluar baju Melayu dan tekstil terbesar negara, Jakel menampilkan banyak wajah baru sebagai duta baju raya Melayu dan baju raya mereka tahun ini. Antaranya kumpulan Senario, Nabil Ahmad, Fattah Amin, Amira Othman Elly Mazlein dan rami lagi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah dan Kak Lina membuat iklan Jakel. Fattah dan Kak Lina tampil cantik dan segak dalam busana baju Melayu dan baju kurung berwarna biru.
Pada awalnya Fattah mengajak Kak Lina untuk keluar dating bersama. Excited Kak Lina dengan pelawaan Fattah itu tetapi bukan dating berdua tetapi dating beramai-ramai bersama peminat barangan Jakel. Ini adalah kempen awal daripada Jakel untuk memberikan baju Melayu percuma.

500 orang bertuah bakal memperolehi baju Melayu secara percuma dan ianya akan berlangsung esok pada jam 9.30 pagi. Kecewa Kak Lina dan terus membuat gaya merajuk. Walaupun ‘merajuk’, sempat Kak Lina menyakat Fattah dengan mengaitkannya dengan nama Amira Othman.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Jakellina punya “a-hak” tu… eii macam nak cubit je telinga dia tu haha. cubit dan piat terus.. mengada-ngada sangat aiihh.. “
” 10 kali aku tengok…. biar jakelina penat merajuk haha.. Aku la kan dia ni kan. jakelina jakelina.. buat hal betul.. “
” Haha comel giler, merajuk camtu.. Terbabit jugak si Amira haha. Cuba buat lagi bunyi aahaak tu.. rasa nak cubit je.. jakalina tu.. Jongkit je bunyinye.. “
” Kalau k.lina gediksss macam ni I approve sebab sesuai k dengan watak dia tu.. comel jee.. jakelina fatahlina amiralina kita bagi chance laa ekk.. “
” Haha aku tak boleh lah dengan kak lina ni.. Berani eik bamtah tak nak pujuk kepom.. jakelina buat hal pulakk.. adoii sakit perut gelak.. “
” Majukkk tu omeyyy laaa.. Amira jugak yang kena.. tak pernah kosong kak kepom.. banyak kali ulang ni.. “
” Kalah eh Jakelina dengan Amira.. Jakelina betul lah dia ni.. berapa kali shoot ni, one take je ke hahah.. “
Bukan Kak Lina kalau tidak lawak, sempat ye Kak Lina mengusik abang Long Fattah. Tersedak lah Amira namanya kena petik dengan Kak Lina. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga ada yang bertuah untuk mendapat baju Melayu percuma esok.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

