Artis / Selebriti
” Geram je tengok. Cikgu baru sergah sikit, dah tertonggeng terus, haha.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein mengajar suaminya, Cikgu Azlan untuk mempromosikan program No Filter musim ke 2 buat ramai terhibur. Baru Papa nak cakap, terus Kak Lina Potong. Sekali kena sergah dengan Papa, terkejut Kak Lina sampai tertonggeng ke belakang, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Elly Mazlein, video Elly sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan gelagat comelnya bersama suami tercinta, Cikgu Azlan. Menerusi satu video tersebut, Elly kelihatan sedang bersungguh-sungguh mengajar suaminya cara mempromosikan rancangan televisyen di Astro.
Elly mengajar satu-persatu skrip untuk suaminya bercakap sambil suaminya duduk di sisinya. Namun, setiap kali Cikgu Azlan ingin bercakap, Elly akan memotong percakapannya. Moment lucu berlaku apabila secara tiba-tiba suaminya menyergah dengan suara kuat. Elly terus terdiam dan memandang suaminya.
Paling menghiburkan Elly kemudiannya terus tergolek ke belakang. Itulah kak Kepom, jangan main-main dengan cikgu tau. Sekali cikgu sergah, terus terdiam anak murid, hehe. Barulah nampak aura cikgu yang ada pada suami Elly kan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 13 ribu tanda suka darippada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Comel sangat hubungan mereka yang penuh dengan gurauan dan kasih sayang. Tak sangka cikgu Azlan pun melayan je kerenah si isteri.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata peminat terhibur dengan aksi spontan pasangan tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Kak Lina PomPOM tak pernah mengecewakan! I terseyum macam kambing tengok ni tau! Hahaha lawak la kak kepom iamellymazlein . Cikgu baru sergah sikit dah tertonggeng terus. Hahahaha.. “
” Raya nanti banyak nak kene mintak maaf tu Kak Lina oiiii .. Nasib baik tak terselak skirt. Yg bukan2 jela si kepom ni.. “
” Last2 tergolek balasan derhaka la tu… hahahah gerammm je tgk. Part kena sergah… aku pun ikut terkejut… Anak sya umur 5 tahun gelak ulang kali masa jatuh kerusi tu.. “
” Hahahaha! Ayat sebab mama tau mama pengacara tu x bole blah!!!! Mama oiii Papa tu Cekgu kot jangan underestimate Cekgu hokey .. “
” Haaaaaaa baru tau ….. suara papa sekali haaaa jer peminat terus fokus…tak payah nak explain panjang2 .. Jangan main main ek dengan ketua pengakap.. “
” Hari Rabu, penat Koko kat sekolah tak habis lagi, kene sambung Koko kat rumah anak murid pulak meminta.. Nk tau ending tu papa tlg mama angkat x? “
” Alaaaa,kenapa video tak sampai habis?Sambung la yg masa tergolek tu,nak tgk tu la buat lagi papa mcm tu. Kan dah terbalik belakang. Kelakar la kak lina.. “
Tidak hairanlah mengapa pasangan ini sering menjadi perhatian ramai. Bukan sahaja kerana populariti Elly, tetapi juga kerana aura positif dan hubungan harmoni yang mereka tonjolkan. Semoga Elly dan suaminya terus bahagia hingga ke syurga. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

