Artis / Selebriti
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Dato’ M. Nasir berduet bersama seorang penonton bernama Putri menyanyikan lagu Halaman Asmara di Konsert Cipta Raya. Wah sedapnya suara Putri, ramai yang terpegun. Dato’ M. Nasir pun terpukau, memang padu lah..
Semalam penyanyi legenda, Dato’ M. Nasir telah membuat satu konsert istimewa yang diberikan nama sebagai Cipta Raya. Difahamkan konsert tersebut diadakan di Zepp Kuala Lumpur. Paling menarik, ribuan para penonton yang hadir cantik mengenakan busana hari raya.
Bukan itu sahaja, di luar auditorium turut menyediakan pelbagai juadah raya seperti open house. Menerusi konsert tersebut, Dato’ M. Nasir membawa 20 lagu termasuk tiga lagu raya klasik. Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan beberapa video persembahan Dato’ M. Nasir.
Video yang menarik perhatian warganet adalah persembahan duet Dato’ M. Nasir bersama seorang penonton yang dikenali dengan nama Putri. Dato’ M. Nasir dan Putri menyanyikan lagu bertajuk Halaman Asmara yang dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, Dato’ Awie dan Ziana Zain.

Ramai yang terpegun mendengar nyanyian Putri dan mengatakan suaranya seakan seperti Ziana Zain. Bukan itu sahaja, kelihatan Dato’ M. Nasir juga seperti terpukau dengan suara Putri. Sehingga kini, video persemhahan Dato’ M. Nasir persama Putri itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai persembahan Putri bersama Dato’ M. Nasir. Antara komen-komen menari adalah :
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. Mana tahu, nanti Dato’ M. Nasir ajak nyanyi lagi, terus jadi penyanyi lah dia.. “
” Ni akak put puterynurshafika_ org ghombau ha, gais support lah dia follow ig dia. Semoga ada rezeki jadi mcm nadeera tu ha ada lagu sendiri.. Aamiinn.. “
” Wow, utg dpt nyanyi 1 stage.. Mesti put3 mlm ni tak blh tido sambil trsenyum smpi esok pagi.. Rezeki kau lah adik, dapat berduet dengan penyanyi legend.. “
” Suara dia memang gempak guys.. Tengok Dato’ M Nasir pun terkejut. Ada bakat dia, boleh pergi jauh lagi.. Suara nice sangat.. “
” Padu mat highnote dia, ada boleh jadi pelapis Ziana Zain ni.. Bukan kaleng kaleng niii dpt duet dgn otai.. Kagum kita tengok.. “
” The night that she will never forget forever in her life.. Datang nk sebagai penonton untuk tgk konsert, sekali dia pun buat persembahan.. “
” Wow…. Lepas ni mesti MNasir pggl bt single.. Sedap betul lagu ni versi duet Putri n M Nasir.. Ada full video tak, tak puas dengar, hehe.. “
Memang mantap nyanyian wanita bernama Putri ini. Mendengar nyanyiannya sudah seperti seorang penyanyi yang profesional. Mesti Putri tidak menyangka malam tersebut adalah malam paling istimewa kerana dapat berduet bersama Dato’ M. Nasir di hadapan ribuan penonton.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti16 hours ago Artis / Selebriti16 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
