Artis / Selebriti
” Fuhh, buat masa ni duet paling gempak Kepom dengan Ajai. Padu habis.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Elly Mazlein Berduet Bersama Ajai Menyanyi Lagu ‘Aku Cinta Aku Rindu’ Raih Pujian Ramai. Wah Duet Yang Paling Gempak Dan Kebab00m. Padu Lah Kak Lina Dan Abang Ajai, Nombor Syatuuu !!
Nama pelantun lagu’ Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan’ ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein memulakan kerjayanya pada tahu 1997 dan hingga kini, Elly masih aktif dalam bidang seni sebagai penyanyi, pelakon, pengacara dan juga penyampai radio.
Sering membawa watak atau karakter yang kelakar dan mencuit hati juga menempatkan Elly antara pelakon serta pengacara yang disukai ramai. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik radio Era telah dikongsikan video yang memaparkan Elly berduet menyanyi bersama komposer terkenal, Ajai.
Menerusi video itu, kedua mereka berduet menyanyikan lagu bertajuk ‘Aku Cinta Aku Rindu’ nyanyian asal oleh Ajai sendiri bersama Nourul Wahab suatu ketika dahulu. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet kerana ramai yang mengatakan gandingan Elly bersama Ajai dilihat begitu serasi.

Bukan itu sahaja, ada juga mengatakan suara Elly sesuai menyanyikan lagu itu serta kedengaran begitu merdu. Sehingga kini, video Elly berduet bersama Ajai telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji nyanyian Elly dan Ajai. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Fuhh, buat masa ni duet paling gempak Kepom dengan Ajai. Padu habis lah dengar.. Lagu ni memang banyak kenangan betul lah bagi saya.. “
” Teringat zaman kolej, 20 tahun dulu. Ahahaha.. Mantap lah Kak Lina kita duet dengan abang Ajai.. Dah boleh plan lah duet buat satu album nanti.. “
” Sedapnya dengar.. Kalau buat konsert ni mesti ramai yang datang.. Padu lah gabungan suara dua orang ni.. Kak Lina semua lagu dia boleh nyanyi.. “
” Suara Ajai maintain je sedap mcm dlu.. Kak Lina pula tak pernah mengecewakan langsung.. Lagu2 dia nyanyi semuanya dengar sedap… Ni baru dikatakan penyanyi serba boleh.. “
” Fuhh… Suara duo yg hebat dan romantis by Abg Ajai n Nupom (Nurul Kepom) edition No. Syatu lah.. Kita dengar ulang2 byak kali sebab tak puas dengar.. “
” Best nyaaaaaaa nak full version plssss… Alahai kejap sangat korang nyanyi.. Lagu ni terus ingat zaman cinta2 dlu, heheehe sweet habis lah dengar.. “
” Nosstalgia betul lah lagu. Lagu favorite kat open karoke zaman 2000 an.. Sampai sekarang masih layan lagi lagu ni.. Padu lah suara Kak Lina bawa lagu ni.. “
Macam biasa, Elly tak pernah mengecewakan, semua genre lagu boleh dinyanyikannya dengan baik sekali. Suara Ajai pula masih maintain seperti dulu. Memang layak mendapat pujian daripada warganet. Mana tahu pada masa hadapan, kedua mereka ini akan berduet dalam satu album, mesti gempak kan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
