Artis / Selebriti
” Fuh berpeluh tengok reply Abang Long. Ni dah terang-terang, tak payah suluh-suluh lagi erk.. ” – Komen Netizen
Muatnaik gambar-gambar ketika majlis Jakel, perkongsian Amira Othman jadi perhatian ramai. Wah komen Fattah tu macam sesuatu sangat. Dah melangkah maju ni Bang Long, dah tak ada nak sorok-sorok dah, hehe..
Tahun 2025 menampilkan banyak gandingan antara Amira Othman dan Fattah Amin. Nama mereka menjadi sebutan ramai dan diusik sebagai sweet couple. Bukan hanya peminat, malah rakan-rakan artis yang secara langsung atau tidak secara langsung bekerjasama dengan mereka turut mengusik Fattah dan Amira.
Meninjau entry terbaru Amira Othman di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Amira bersama Fattah dan duta-duta Jakel yang lain di satu lagi majlis Meet And Great Jakel. Kali ini pasangan ini memakai baju sedondon berwarna purple.
Amira sememangnya memiliki kejelitaannya yang tersendiri. Sikap Amira yang sopan santun dan bersih daripada sebarang kontroversi sejak awal kemunculannya dalam industri membuatkan ramai yang menyenangi Amira. Kerana karakternya itu juga lah yang membuatkan ramai berkenan sekiranya Amira berjodohan dengan Fattah.

Posting Amira ini membuatkan ramai yang teruja kerana Fattah turut meninggalkan komennya. Bukan komen biasa-biasa, ianya seakan menggambarkan sesuatu yang semua peminat ingin dengarkan daripada mulut Fattah dan Amira sendiri.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 140 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Fuh berpeluh tengok reply Abang Long.. mendonia bamtah sekarang. Abang long makin maju, ini yang kami mahukan.. “
” Wowww bg long dh masuk… bsemut skrin fon ne…. Wah mendonia skrng cinta lokasi yg ke 4 da ni.. maaf sebab saya tersenyum.. “
” Terima kasih bagi kitorang angau lagi harini banglongg.. Manis-manis gambar kalini ek.. “
” Byk ek gambar abg Long skrg.. kami suka.. semoga Allah sentiasa menjaga kalian berdua .. next loc Jakel JB , Mira letak je caption “JB style.. “
” Ehhh… kali nie gambar Abang Long dah full.. Masa jakel baju burgandy Muka Abg Long sekerat.. “
” Ni dah terang-terang tak payah suluh-suluh lagi erk.. Semoga Allah permudahkan segala urusan Fattah Amin n Amira Othman.. “
” Boleh ke kita semua anggap dah declare tapi tak bagitau.. stres ahh.. komen bgi love je ke abg long .. tak paham , cuba kawin .. letih gini.. “
Komen Fattah yang mengundang keterujaan peminat. Adakah ada maksud tersirat di sebalik emoji love Fattah ni.

Wah petanda apakah yang ingin Fattah sampaikan kepada semua peminat FattMira agaknya ini. Ramai yang mula berteka-teki dan berdoa agar pasangan ini benar-benar berjodohan. Apa-apa pun, Allah pasti akan mengaturkan yang terbaik untuk Fattah dan Amira.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amira Othman, IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

