Artis / Selebriti
” Fatima’s OCD with cleanliness and neatness is probably worse than mine and yours. Help.. ” – Fazura
Video Fazura kongsi mengenai anaknya, Nur Fatima Aisya yang terlalu obses dengan kebersihan dan kekemasan raih perhatian ramai. Wah, teliti betul Fatima..
Pelakon cantik, Nur Fazura sering berkongsi mengenai perkembangan anak perempuannya yang bernama Nur Fatima Aisya. Apa sahaja yang dikongsikan oleh Fazura mengenai Fatima pastinya akan menarik perhatian para peminat si kecil ini.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Fazura ada memuatnaik beberapa video dan gambar ketika bercuti di luar negara bersama Fatima. Namun, apa yang menarik adalah salah satu video yang dikongsikan adalah memaparkan Fatima sedang membersihkan meja di sebuah restoran.
Tulis Fazura, Fatima seorang sangat menjaga dan mementingkan kebersihan serta kekemasan sesuatu. Seloroh Fazura, OCD kebersihan dan kekemasan Fatima itu mungkin lebih daripada dirinya sendiri. Perkongsian video ini telah menjadi perbualan warganet.

Ramai yang menyukai sikap Fatima tersebut, bahkan turut memuji sikap Fatima yang berkali-kali mencium tangan ibunya. Komen warganet, Fatima seorang anak yang sangat penyayang dan ianya jelas kelihatan ketika Fatima menyantuni Fazura.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang kanan > untuk menonton video dan melihat gambar seterusnya) :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Fazura tersebut dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bagus lah budak comel ni, hygenic betul tu.. Fatima is sooo loving and expressive.. Definitely takes after her mommy.. Kids copy the behaviours they observe.. “
” MasyaAllah Fatima.. Terselah keperibadian seorg yang penyayang walaupun diusia kecil.. Aunty tengok terus rasa sebak tau.. “
” MashaAllah adorable fatima and mommy.. Semoga Allah sentiasa melindungi fatima dan mommy dunia akhirat.. Aamiin.. “
” Fatima so talkative with mommy and banyak kali perasan dia suka kiss mommy’s hand, lovely baby girl.. InsyaAllah Fatima akan jaga mummynya selamanya.. “
” Awww Fatima, u make me auntie want baby girl. So manja with mummy.. Sweet.. Cium tangan tu dengan pandangan mata tu. Aunty cair.. “
” MasyaAllah fatima anak mommy budak yg bijak ..Bukan main lagi dia ulang2 cium tangan mommy dia.. Cinta hati mommy Dunia akhirat.. Amiin.. “
” MasyaAllah… Cara dia menyantuni mommy mmg beyond words. Anak solehah mommy sgt.. Semoga Allah jaga Faz n Fatima selalu.. “
Sementara itu, ada yang meluahkan rasa terharu melihat kasih sayang antara dua beranak ini dan ramai yang mendoakan yang baik-baik buat Fazura serta Fatima. Apa-apa pun, semoga Fatima terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG missfazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

