Artis / Selebriti
” Amboi-amboi, siap tunggu nak balik sama-sama ke tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Muzaffar Jakel menyakat Que Haidar dan Fazura buat ramai terhibur. Habis semua menyakat, malu-malu Que dibuatnya. Tapi part Que kantoi tengah tunggu Faz tu kelakar. Terus lari yer Que, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik tetaplah tersenyumm, telah dikongsikan dua video yang memaparkan momen melibatkan Fazura dan Que Haidar. Perkongsian tersebut segera menarik perhatian warganet kerana menampilkan suasana santai di sebalik sesi penggambaran bersama Jakel.
Menerusi video pertama, kelihatan duta-duta Jakel yang lain sedang berborak mesra bersama Fazura selepas selesai menjalani penggambaran. Mereka dilihat berbual dan bergelak ketawa, jelas menunjukkan hubungan yang akrab antara satu sama lain.
Namun begitu, telatah Que Haidar pula menjadi tumpuan. Que dilihat duduk berseorangan seolah-olah sedang menunggu seseorang dan tidak menyertai kumpulan yang berbual bersama Fazura. Lebih mencuit hati, sebaik sahaja kamera merakamnya, Que terus bangun dan berjalan untuk bersembunyi.

Manakala menerusi video kedua, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pemasaran dan Promosi Jakel Trading Sdn Bhd, Muzaffar Jakel dilihat menyakat Que dengan berkata ‘Faz dah bergerak dah’. Usikan tersebut membuatkan Que terus bangun dan membalas sesuatu kepada Muzaffar.
Tonton video di bawah ini :
@tetaplah_tersenyumm sebagai manusia biasa sama² la kita ambil pengajaran dari situasi mereka ini. 😊🫶🏻 yang penting fazura lawa sangat 😍 tak sabar nak tunggu drama raya jakel ni 🩷 #fazuraxjakel #fazura
@tetaplah_tersenyumm hahaha bos jakel pun kuat menyakat abg jamil 😂😂😂 ok buat² tak dengar la jwanji rahsia 🤫😂 @Que Haidar #jakel #abgjamil #fazuraxjakel p/s: jgn dm tanya cakap apa sebab rahsia 🤫🫢😂
Di ruangan komen, pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Amboi-amboi siap tunggu nak balik sama-sama ke tu, haha.. Boss Jakel pun funny & sporting, kaki melayan his Dutas.. “
” Comel nyeee hahaha.. May Allah ease everything.. Kami doakan yg baik² utk quefaz.. Jgn lama² que queue.. “
” Saya suka vibes jakel tahun ni.. Ceria2 semua.. Bos jakel yg seronok sgt .. tTeam kali ni hos dia yg happy sakan.. “
” Best la team jakel tahun ni, msing2, tak paksa diri atau kontrol lawa utk bersuka dn bergurau sesama mrk, nmpk real mcm flmly, bestttt.. “
” Smlm tgk ni mengekek gelakk, spontan ttba sgt smpai tak tahulah mmg betul ke saja2 je.. Best plk kita pun yang tengok.. “
” Alamak aku nk kena ship couple nie plak ke, hahaha.. Tak kenapa tahun ni duta2 jakel mcm best2. Dia mcm semua tengah enjoy. Mcm tengah lepak je. Seronok tengok.. “
” Tolong jap sorang reveal, que cakap ape sampai MJ tkejut sgt tuh, hahahaha aku jadi tak puas hati ni, nak tahu juggaaaaa.. “
Reaksi Muzaffar yang kelihatan terkejut dengan jawapan Que mengundang gelak tawa mereka berdua. Apa-apa pun, perkongsian video ini membuatkan para peminat turut teruja dan mula tertanya-tanya mengenai hubungan antara Que dan Fazura.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok tetaplah_tersenyumm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

