Artis / Selebriti
” Fasih betul lah Yusuf. Dah macam dengar budak Cina dalam drama bercakap.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Anak Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar Bercakap Dalam Bahasa Cina Raih Pujian Ramai. Wah Fasihnya Yusuf Cakap Cina. Hebat Lah Yusuf Kecik-Kecik Dah Pandai Cakap Cina. Dah Macam Tengok Drama Cina Lah Pulak !!
Meninjau ke akaun Instagram Yusuf Iskandar, perkongsian sebuah video yang memaparkan Yusuf bercakap dalam bahasa Cina telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan oleh guru yang mengajar Yusuf dan ditunjukkan kepada Hanis Zalikha.
Menurut Hanis, apabila dengannya Yusuf tidak mahu menyebut langsung apa perkataan bahasa Cina yang telah dipelajarinya. Tetapi ternyata Yusuf sebenar boleh bertutur dalam bahasa Cina apabila guru Yusuf berkongsikan video ini. Kejayaan Yusuf ini membuatkan Hanis berasa sangat bangga.
Nampaknya Yusuf seorang yang mudah ingat apa yang dipelajarinya walaupun Yusuf tidak mempunyai teman untuk berkomunikasi dalam bahasa Cina ketika berada di rumah. Yusuf pasti boleh bertambah fasih selepas ini jika selalu berkomunikasi dalam bahasa Cina.

Perkongsian ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sangat bagus apabila kita mempelajari bahasa lain selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tahniah Yusuf kerana kini boleh bercakap bahasa Cina pula.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji Yusuf yang boleh bertutur bahasa cina. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Feel so emotional while watching this sebab dari awal most of us tgok dia membesar sampai dia dah jadi dia yg harini aunty so proud of you.. “
” Clever boy … Hopefully, selain bahasa² kedua dan ketiga yg yusuf dah fasih, harap² nya bahasa melayu bahasa ibunda pun tidak ketinggalanlah hendaknye.. “
” Bagi Adik dy belajar sekali, so dy akan ada Kwan utk berbual, bagi tahu rahsia, mcm sy dgn abng. Mula2 struggle Tapi Bila lama2 Dh ok.. “
” Pandai Yusuf cakap Mandrin. fasih betul la Yusuf. Terus kan berusaha lagi ya.. Dah macam dgr budak² chinese dalam drama laaa budak bijakkk.. “
” Yusuf.. untie nk tegur sikit bole.. perkataan ‘Toy yusuf dah salah sebut…”Wan cik” bru betul ya.. yg sebutan Lain yusuf sebut ngan Bgus.. “
” Besar sangat dah dia niiii boleh cakap mandarin dahhh.. As yg belajar sekolah cina juga dulu, tak senang ya. Don’t give up.. “
” Clever lah dia ni inggeris cair mulut n now Chinese plop that’s a good start for kids n young people.. ajar acik ckap cina yusof.. “
Wah, hebatlah Yusuf boleh bercakap bahasa Cina pula. Lepas ni bolehlah Yusuf membuat video bercakap dalam bahasa Cina selepas ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yusuf Iskandar membesar menjadi anak yang berjaya dan membanggakan ibubapanya. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusuf Iskandar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
