Artis / Selebriti
” Encik Khairul tu memang sporting habis. Tak takut camera, macam dia pun artis.. ” – Komen Netizen
Video Ina Naim menyanyi bersama suaminya, Khairul Rizal lagu Sedangkan Lidah Lagi Tergigit ketika live. Alahai sweetnya pengantin baru ni. Tak sangka, Khairul pun sporting juga orangnya. Tak malu-malu dah macam mula-mula live hari tu..
Kehidupan Ina Naim dan suami barunya, Khairul Rizal menjadi tumpuan ramai. Kehadiran Khairul menceriakan kembali hidup Ina dan mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Walaupun sudah berkahwin, Ina masih lagi membuat live dan menjual produk kerana itu janjinya dengan semua followers.
Meninjau entry di akaun Tiktok Nina Aina678, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan sesi live Ina dan Khairul semalam. Pasangan ini menjual stokin kaki untuk muslimah dan ianya mendapat sambutan yang baik daripada semua viewers yang mengikuti live mereka.
Sambil menjual Ina dan Khairul menghiburkan semua. Itu yang arwah Suhaimi Saad lakukan sebelum ini dan Ina meneruskan tradisi Suhaimi itu. Menerusi video perkongsian ini, Ina dan Khairul bergandingan menyanyikan lagu lama berjudul Sedangkan lidah lagi tergigit nyanyian asal Tan Sri P Ramlee dan Saloma.

Suara Ina ternyata masih maintain seperti dahulu dan lenggoknya sekarang lebih enak didengar. Khairul pula menuruti sahaja permintaan viewers untuk mendengar mereka menyanyi. Ramai yang seronok mengikuti sesi live Ina dan Khairul, tidak henti-henti melihat babak usik mengusik dan gelak ketawa mereka berdua.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ninaina678 #inanaim #fypp #fypviraltiktok #tilljannah #doaygbaik2 #support
Perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tumpang bahagia tgk kak ina dan suami.. suka tgk.. Smoga kak ina sekeluarga ddlm rahmat Allah berbahagia dunia akhirat Aamiin.. “
” Caya lah masya Allah ina punya suara, best gilerr weh.. seronok tengok, semoga ina bahagia hingga ke jannah.. “
” Wow Ina, suara merdu betul. Sporting betul suami Ina, kita pun ikut tersenyum sama tengok kebahagiaan Ina.. moga terus bahagia sampai ke akhir hayat.. “
” Bestnya pasangan ni.. sedap suara Ina, lunak merdu dia tu. Ina boleh buat recording semula.. makin sedap suara ina .. guru vokal ss sendiri.. “
” Ina insan serba boleh. encik khairul tu memang sporting abis. dia tak takut camera macam dia pun retis.. “
” Terhibur tengok 2 orang ni.. gelak sorang-sorang tengok ina dan suami.. Semoga di dalam lindungan dan rahmat Allah selalu.. “
” Dulu pagi-pagi selalu layan live ina dengan arwah SS karaoke.. Sekarang tengok live ina dan khairul pulak.. “
Seronok warganet melayan sesi live Ina dan Khairul ini. Dua-dua sama-sama sporting dan berusaha untuk menghiburkan semua yang mengikuti live mereka. Semoga perniagaan Ina dan Khairul laris dan mencurah-curah rezekinya serta bahagia selalu bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ninaina678
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

