Artis / Selebriti
” Emm sekali kita sedih dan nangis. Mesti dia teringat ibu dia.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Talita menangis apabila Shuib Sepahtu buat kejutan memberitahu Talita dapat offer show menyanyi di Bukit Bintang buat ramai tersentuh. Excited sungguh Dekta, sampai menangis mcam tu. Penyambung bakat arwah ibu, show pertama Dekta di depan ramai orang..
Nama anak perempuan Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra menjadi sebutan warganet sejak Talita semakin berani memperdengarkan suaranya ketika bersiaran di Tiktok. Suara Talita berjaya menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi tone suaranya yang kedengaran saling tak tumpah dengan suara arwah Siti Sarah.
Menerusi perkongsian terbaru Shuib Sepahtu di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib memberitahu Talita satu berita gembira. Cerita Shuib, dia berbual di talian bersama Pak Azad dan sahabatnya ini memaklumkan team 3 Pagi Era ada membuat content busking di Bukit Bintang pada malam esok.
Bos Era berhasrat untuk menjemput Talita bersama-sama memeriahkan suasana esok malam. Sebagai bapa, Shuib sendiri teruja dan bersetuju dengan tawaran oleh Pak Azad itu. Shuib berkongsi kepada warganet reaksi Talita ketika diberitahu mengenai hal tersebut.

Siapa sangka, Talita terlalu excited sehinggakan tidak dapat menahan air matanya. Bukan takut tetapi Talita sememangnya terlalu ingin menyanyi di hadapan semua orang dan ianya adalah impian Talita. Suasana pilu antara Shuib dan Talita itu membuatkan warganet juga turut menangis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@shuibsepahtu Begini ceritanya.Pagi td @azadsyaziraroses call,borak punya borak tiba2 dia cakap “Cha,kitorang 3 pagi Era ada buat content busking dkt Bukit Bintang esok (Jumaat),jadi boss aku tanya boleh ke klu kitorang nak invite Thalita nyanyi sekali?” Sebagai bapak sy melompat2 keriangan dan cakap “bulehhhh Pak Azad!!!” Jadi harini bila Talita balik dr sekolah,panggil dia naik studio,dan inilah jadi nya 😢 Rupanya Thalita terlalu nak nyanyi depan orang ramai dan dia mmg tunggu2 peluang mcm ni.Allahuakbar!!! Semoga Allah permudahkan urusan U Thalita,daddy akan selalu ada di belakang Thalita,im your BIGGEST FAN!!! Esok satu family turun support U ok!!! So insyaAllah esok esok kita jumpa di Bukit Bintang ya,sape2 ade kelapangan meh datang,kita support 3 Pagi Era Pak azad,Nabil,Radin dan THALITA.Ade peminat THALITA kt sini? @ERA #Thalita #Astarisborn
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Goodluck Talita.. Semoga terus berjaya & gapai impian Talita nk jdi mcm arwah ibu .. Arwah ibu mesti happy kan.. fly high Talita.. “
” Jiwa dia, jiwa ibunya… Allahuakbar.. acik tumpang happy for u talita syg.. acik pun ikut menangis tengok dekta happy macam ni.. “
” Tak dan nak kata apa aku dah nangis dulu.. kalau ibu ada tentu ibu pun nangis dan bangga dengan Dekta.. goodluck talita.. banggakan ibu, daddy ye.. “
” Yang aku meleleh air mata ni dah kenapa huhu.. sedih tengok Dekta.. Mcm dpt rasa apa dia nak ckp.. suara dia sebijik arwah ibuuu diaaa… mesti Dia teringat ibuuuu dia.. “
” Emm sekali kita sedih dan nangis.. kalau arwah Siti Sarah ada mesti arwah paling gembira.. nampak sangat impian dia nak jadi macam ibu.. “
” Softspoken nya , meleleh air mata ni ta , semoga teruskn warisi kerjaya arwah ibu. kalau ibu ada dia mesti bangga dengan dekta.. “
” Ya Allah aku plk sedih… Allah dah atur segalanye … arwah tgglkn Talita dekat smua …. smga Talita DPT bersinar macam arwah ibunye.. “
Sebak melihat air mata kegembiraan Talita itu. Sekiranya Siti Sarah masih ada, pasti Siti Sarah bangga dengan Talita. Nyanyian live Talita yang pasti dinanti-nantikan oleh semua malam esok. Good luck Talita dan lakukan yang terbaik okey.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti17 hours ago Artis / Selebriti17 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
