Artis / Selebriti
” Eee geramnya dengar Idris speaking. Berabuk speaking, sedap tone dan pronunciation.. ” – Komen Netizen
Video anak Misha Omar, Muhammad Idris Ezzwa tampil di atas pentas sebagai pembuka konsert Misha Omar raih pujian ramai. Fuh Idris punya speaking memang cair dengar. Dah lah berani cakap depan ramai orang, hebat lah Idris..
Semalam telah berlangsungnya Misha Omar Back To Basic Showcase di ODEUM Jiospace, Petaling Jaya. Showcase ini bersempena penghargaan Misha untuk peminat yang setia menyokongnya selama dua dekad kariernya. Misha antara penyanyi yang mempunyai suara yang merdu dan kesukaan ramai.
Meninjau entry di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan detik pembukaan showcase itu. Misha menampilkan kelainan dengan menampilkan anak lelakinya, Muhammad Idris Ezzwa sebagai pembuka konsert.
Idris cukup berani bercakap di hadapan ribuan orang dan ucapannya mengagumkan semua. Kebolehan Idris bercakap dengan fasih dalam bahasa Inggeris dan intonasi suaranya yang menarik meraih sorakan dan tepukan gemuruh daripada semua penonton.

Comel sahaja Idris menerangkan mengenai ibunya. Sambil memuji ibunya cantik dan bersuara sedap, sempat Idris menyakat Misha dan ianya mengundang ketawa semua. Beruntung Misha ada anak yang petah dan bijak seperti Idris ini. Ada yang kata seperti Haziq Tom Tom Bak melihat gaya Idris bercakap.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Berapa agaknya payment yg kak Mitch byar kt ank dia ye.. So cute la dia.. rasa nk nangis.. Kak Mitch jgn bg dia besar dlu.. sy nk ulang g konsert n opening ank kak Mitch.. “
” Eeeee geramnyaa.. Mesti kt sekolah selalu perform ni hehe. Sedapnye dgr tutur kata dia. Jelas.. macam tengok opening disney.. “
” I am sure you put in a lot of effort to rehearse and ensure your script is delivered effortlessly. Your mum must be so proud of you.. “
” MasyaAllah so adorable la kamu …gerammm arghhh dgr awk speaking.. Wooww ala2 choral speaking gitu.. “
” Ma shaa Allah.. Alhamdulillah.. takde stage fright.. public speaking baguih ni.. terus bersinar anak… its his real voice.. so brave.. “
” Ckp kunyah lidah dik. Sdp tone dan pronounciation.. Berabuk speaking. bijak dan berani dia. bukan mudah nak bercakap depan ribuan orang ni.. “
” Petahnya bijak sungguhhh.. Mcm haziq tom tom bak dulu.. Bakal pengacara yg hebat ni… cuma lepas ni nk dia mengacara dlm bahasa melayu plk… mesti idris juga hebat berbahasa melayu.. “
Seronok warganet melihat kepetahan Idris bercakap di pentas. Berani dan penuh dengan semangat Idris kenalkan ibunya kepada umum. Idris ada aura seorang pengacara dan siapa tahu, pada masa hadapan Idris bakal menjadi selebriti seperti ibunya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Media Hiburan, IG Hibglam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

