Artis / Selebriti
” Diorang terkejut dengar suara mu. Diorang tak tau mu boleh menyanyi.. ” – Betty Rahmad
 
																								
												
												
											Video Erma Fatima Menyanyi Lagu Kamelia Buat Ramai Terkejut Mendengar Suaranya. Wah Tak Sangka Suara Erma Sesedap Ini, Bakat Terpendam Lah. Part Tarik Masa Korus Tu Padu, Keluar Terus Suara Rock Erma !!
Pengarah terkenal Erma Fatima merupakan adik beradik Datin Sri Ummi Aida dan Betty Rahmad. Selain sebagai pengarah, Erma juga sangat popular sebagai pelakon dan lakonan hebatnya seringkali meninggalkan kesan di hati penonton. Tidak itu sahaja, Erma rupa-rupanya memiliki bakat menyanyi yang ramai orang tidak tahu.
Menerusi akaun Tiktok Watiesoong, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erma berkaraoke bersama Betty dan Ummi. Menerusi video ini, Erma menyanyikan lagu berjudul Kamelia dendangan asal kumpulan Sweet Charity atau Dato’ Ramli Sarip.
Kedengaran suara Datin Ummi mengatakan Erma ini mempunyai bakat menyanyi dalam diam. Ramai juga di kalangan warganet yang teruja mendengar suara Erma kerana ini kali pertama mereka dapat mendengar Erma menyanyi secara live. Bukan Betty dan Ummi sahaja bersuara sedap, Erma pun boleh tahan merdu suaranya.

Erma memiliki suara yang serak-serak basah dan kedengaran sedikit rock. Santai sahaja Erma menyanyi, sambil duduk menyandar pun suara tetap padu. Jika berpadu suara ketiga-tiga beradik ini, tentu lebih meriah dan gempak. Suara ibu Erma, Che Semah juga merdu. Pasti anak-anak mewarisi bakat Che Semah.
Jom tonton video di bawah :
@watieysoong @erma fatima
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pertama kali dengar Erma Fatima menyanyi, terbaik lah.. sedap sangat suara kak Erma ni.. rocker gitu.. ”
” Pernah dengar Erma menyanyi dalam satu pertunjukan teater di Matic many many years ago, she can really sing. And bila dengar emak dia nyanyi, then I know dia dapat suara tu dari sape.. ”
” Woww sedap suara serak-serak gitu. memang suara Kak Erma sedap, bila bercakap pun dah sedap didengar.. ”
” Wow mantap lah, sedap suara Kak Erma. Ni baru betul suara rock.. best dengar kak erma menyanyi.. ”
” Padulah suara, serak serak gitu.. next masked singer malaysia boleh join ni.. confirm pening orang nak teka.. ”
” Weh rock tu suara erma. bila masa pulak erma ada suara rock ni.. pertama kali dengar… bapakkk sedapp kak… meledak kak ermaa.. ”
” Wow mantap suara Kak Erma.. suara terbaik.. dia punyalah santai menyanyi, sambil menyandar duduk-duduk gitu je boleh tarik tinggi.. fuh power betul.. ”
Ramai yang tidak menyangka Erma memiliki suara yang sedap seperti ini. Kebiasaannya Erma hanya berkaraoke dengan Che Semah, kali ini berkaraoke bersama adik beradik dan videonya dirakam serta dikongsikan di media sosial. Barulah warganet boleh mendengar suara Erma menyanyi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Watieysoong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
