Artis / Selebriti
” Diam-diam dah selamat bersalin. Tahniah Izara, lebatnya rambut baby.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Izara Aishah Kongsi Video Reaksi Suami, Adib Khalid Dan Anaknya, Irisa Alaia Ketika Melihat Anak Keduanya Yang Baru Lahir. Wah Dah Selamat Bersalin Izara. Excited Betul Alaia Jumpa Adik, Comel Sangat !!
Pada bulan lalu ketika menghadiri satu majlis anjuran Rolls-Royce, Izara Aishah telah pun memaklumkan yang dirinya hamil dan bakal bersalin pada bulan Oktober. Tidak memberitahu tarikh anggaran bersalin, namun Izara sudah kelihatan sarat ketika itu.
Meninjau entry terbaru Izara di akaun Instagram nya, telah pun dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan suami Izara, Adib Khalid sedang memegang cahayamata kedua mereka. Alhamdulillah diam-diam Izara telah pun selamat melahirkan zuriatnya.
Turut sama bersama Adib adalah anak sulung mereka, Irisa Alaia. Dapat dilihat Alaia begitu teruja dan gembira apabila melihat adik babynya itu. Wah seronok lah tu Irisa ada kawan untuk bermain dan bergurau senda. Bukan main lagi Alaia pekaboo dengan adik ye.

Dikurniakan seorang lagi bayi perempuan, kehadiran si kecil ini pastinya bakal memeriahkan lagi suasana dan kehidupan Izara, Adib dan Alaia. Bertambah seorang lagi ahli keluarga baru family besar Datuk Seri Khalid Jiwa dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Jom tonton video di bawah :
Baru sahaja dikongsikan, perkongsian oleh Izara ini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdullilah, welcoming another baby girl to our family.. Thank you all for the doa and well wishes.. ” – Adib Khalid
” Alhamdulillah, Congratulations Izara.. Masya Allah kakak cantik sangat.. hehe kakak tak sabaq nak ajak adik main ka… cute sangat aihh.. ”
” Tabarakallah… Alhamdulillah.. Congrats Izara n family… MasyaaAllah.. Selamat berpantang Izara.. Eiiii yg kakak tu cantiknya dia mcm mummy dia.. ”
” Tahniah Izara dan adib.. alhamdulillah bertambag sorang lagi cucuk TokRi. Kakaknya tu comel sungguh duk pekaboo dengan adik hehe.. ”
” This is so beautiful Icha… congratulations to you and family.. May Allah bless your little family.. Alhamdulillah.. ”
” Congratulations Izara.. semoga semakin berbahagia bersama keluarga. Alaia tu comelnya dah ajak adik main hehe.. so comel la.. ”
” Alhamdulillah tahniah.. Diam-diam dah selamat bersalin .. tahniah sekali lagi izara.. selamat berpantang.. lebatnya rambut adik baby.. alhamdulillah dah jadi kakak dah dia ye.. ”
Alhamdulillah berjalan dengan lancar proses bersalin Izara dan ibu dan anak juga sihat. Tahniah daripada kami di Berita Kopak atas kelahiran bayi perempuan ini. Selamat berpantang Izara dan semoga Izara cepat sihat dan baby girl juga membesar dengan sihat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Izara Aishah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti23 hours ago Artis / Selebriti23 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
