Artis / Selebriti
” Dia sentiasa tolong orang walaupun dia sendiri tengah susah.. ” – Sahabat Andre Mikhail
Perkongsian sahabat baik arwah Andre Mikhail, Muhammad Asri undang sebak ramai. Muhammad Asri setia berada di sisinya hingga ke akhir hayat. Sempat bimbing arwah ucap syahadah..
Pemergian anak kepada pelakon terkenal Malaysia, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Andre.
Namun di sebalik kisah duka itu, terserlah satu detik yang begitu menyentuh hati iaitu kesetiaan seorang sahabat sejati. Antara yang paling menyentuh perasaan ialah kehadiran sahabat karibnya, Muhammad Asri, yang setia berada di sisi hingga ke penghujung nafas terakhirnya.
Muhammad Asri bukan sekadar hadir sebagai rakan, tetapi sebagai sahabat yang memahami erti tanggungjawab dan kasih sayang. Dalam suasana penuh emosi itu, Asri sempat membimbing Andre mengucap dua kalimah syahadah ketika sedang nazak.

Detik itu menjadi bukti betapa eratnya ikatan persahabatan yang terjalin antara mereka. Tindakan Asri yang setia berada di sisi Andre membuktikan bahawa persahabatan sejati tidak pernah mengenal erti meninggalkan.
kisah ini menjadi pengajaran bahawa nilai setia dan kasih sayang masih wujud dan nyata.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Dr malam tadi bkk jer socmed nages tgk kisah family nie.ya Allah arwah mesti anak soleh,sebab kita semua sedih mcm arwah siti sarah pergi.. “
” Hebat cara amyzaaznankaaia didik anak. Ank2 semua hebat bercakap. Berkawan pon dengan org yang pandai bercakap. Al-Fatihah buat Andre .. “
” Moga kita ada sahabat2 yang macam ni dipengakhiran hayat kita . last2 aku yang mengalir air mata. arwah memang berkawan dengan orang yang baik2 .. “
” Sahabat hingga ke syurga Insha Allah…berehatlah di taman2 syurga wahai anak yang baik ,,,indahnya pergimu di bulan Ramadhan.. “
” Almarhum memang baik dan mesra orang nya. Seperti ibu nya beliau sorang yang mudah tersenyum mudah bersembang walau dengan siapa pun. Tak memilih kawan. Pandai jaga adik2.. “
” InsyaAllah mesti budak baik sebab meninggal dalam bulan puasa & di akhir hidupnya ramai yg mendoakan. semoga roh arwah tenang & dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman aamiin.. “
” Dia menahan sebak yg amat sgt terima kasih berada disisi arwah, semoga rahmat Allah swt buat keduanya. Kawan yg terakhir dampingi pun kita nampak budak baik.. syurga buat mu anak.. “
Kisah persahabatan ini menjadi memori indah yang kekal terpahat sebagai bukti bahawa di saat akhir kehidupannya, beliau ditemani oleh seorang sahabat yang setia hingga ke hujung nafas. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga kisah ini terus mengingatkan kita tentang erti sebenar sebuah persahabatan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Koolfmmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

