Artis / Selebriti
” Dia punya ‘spill the tea’ sampai tumpah habis. Bertuah punya adik, memang tak boleh simpan rahsia.. ” – Komen Netizen
Video Irfan Haris kongsi cerita apa yang berlaku ketika Fattah Amin datang beraya di Johor tempoh hari buat ramai teruja. Wah, habis semua rahsia diceritakannya. Pasal sambal udang, baju sedondon dan trend Velocity pun ada. Memang kantoi habis ni, hehe..
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Famiracle, perkongsian sebuah video sedutan sesi live Irfan Haris bercerita tentang kedatangan Fattah Amin beraya di Johor telah meraih perhatian ramai. Umum mengetahui yang Irfan merupakan adik kepada penyanyi, Amira Othman.
Baru-baru ini Fattah telah pergi berkunjung ke rumah keluarga Amira yang terletak di Johor. Pada awalnya, Irfan tidak mengetahui akan kedatangan Fattah ke sana. Namun apabila melihat ibunya menyediakan juadah yang banyak terutamanya sambal udang yang merupakan kegemaran Fattah Amin, baru lah Irfan mengetahuinya.
Irfan berkongsi bagaimana mereka boleh berpakaian sedondon iaitu berwarna grey dan juga ketika mereka merakamkan video trend tiktok Velocity. Segalanya dikongsikan oleh Irfan dengan penuh bersemangat dan teruja. Kita yang mendengar pun boleh tersenyum sendiri.

Perkongsian ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Menurut Irfan, video trend Velocity itu telah dirakamkan sebanyak dua kali dan video yang telah viral itu dimuatnaik atas persetujuan Fattah dan Amira.
Jom tonton video di bawah :
@famiracle Irfan ckp cerita sini habis sini tapi sori Irfanharis larangan adalah arahan😝 #famiracle #fattahamin #amiraothman
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Baguslah ada Irfan ni.. tak payah kita cari reporter. Maap shakap, anak bongsu memang selalu TEROVERSHARED Hahahaha.. “
” Bahaya budak ni.. takde cut cut semua dia citer.. Irfan akk ko bila nk kawen dgn abg long, nanti citer yea, kiteorg malas nk tunggu wartawan umumkan.. “
” Dia ni sbnrnya yg crush abg long.. Dia yg tlebih excited, tlebih blushing.. Kalau BAS kita ada space dollah. Sini kota ada irfan harris spill the tea.. “
” Takkk sekarang ni macam dia pulak bercinta dgn abglong. excited nawww.. dah sudah, aku pun senyum sorg² dengar cerita Irfan.. “
” Bahaya Ipan ni. Lagi lama, banyak rahsia Kak Ya terbuka nanti .. Comey la budak ni. Aku xprnh tgok vd org smpai hbis. Tpi utk ipan aku sanggup je tgok vd smpai hbis.. “
” Ptt la dia org last tau abg long nk dtg umah..kalo ckp awl, lg awl la rahsia pecah.. dy punya bercerita detail mcm kita ada dkt tempat kejadian. nmpk segalanya.. “
” Dia punya “spill the tea” sampai tumpah habis bertuah punya adik, mmg xboleh simpan rahsia lgsung.. Mak Amira/Irfan masak lauk feveret Fattah – Sambal udang. Untung laaa.. “
Wah, nampaknya hubungan Abang Long dan Kak Long ini bukan biasa-biasa. Pastinya ramai menantikan Irfan membuka cerita tentang langkah seterusnya mungkin tarikh perkahwinan pula kan. Bak kata pepatah, kalau ada jodoh pasti tidak akan ke mana. Kita doakan yang baik-baik sahaja.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Famiracle
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

