Artis / Selebriti
” Dia pun berniaga, menekan-nekan juga lah cara dia menjual, haha.. ” – Datin Shahida
Datin Shahida kongsi video anaknya, Yusoff Al Qardawi menjual buah pulasan buat ramai terhibur. Amboi Yusoff, lain macam betul cara dia menjual. Macam menekan-nekan je, serba salah jadi kalau tak beli. Part intai dompet makcik tu lawak, haha..
Keluarga usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri sememangnya sering menjadi perhatian warganet. Kesungguhan mereka sekeluarga dalam mencari rezeki dan dunia perniagaan sering membuatkan ramai berasa kagum. Sikap rajin berniaga ini bukan sahaja ditunjukkan oleh Dato’ Aliff dan isterinya, Datin Shahida, malah turut diterapkan kepada anak-anak sejak kecil.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Datin Shahida, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak keempat mereka, Yusoff Al Qardawi sedang berniaga buah pulasan. Yusoff dilihat menjual buah tersebut kepada orang ramai yang datang membeli-belah di Wisma Dherbs.
Telatah Yusoff ketika berniaga mencuit hati ramai. Menerusi ruangan kapsyen, Datin Shahida berseloroh mengatakan Yusoff juga sudah mula berminat untuk berniaga dan cara dia menjual seolah-olah ‘menekan-nekan’ para pembeli. Perkongsian video tersebut sekali lagi berjaya menarik perhatian warganet.

Rata-rata warganet meluahkan rasa geram melihat kecomelan Yusoff serta keyakinannya ketika berniaga. Malah, ada yang mengatakan gaya Yusoff itu saling tidak tumpah seperti ayahnya. Secara tidak langsung, perkongsian ini memperlihatkan kepentingan mendidik anak-anak dengan nilai keusahawanan sejak usia muda.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet setelah menonton video Yusoff ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Amboi nak cash je ye pandai betul Yusof meniaga yg menjeling wallet acik tu yg tak tahan tu ya Allah comel, haha.. “
” Memmber jeling² dompet Kak t, hahaha lawak lah Yusoff ni.. Bukan je lawak, pandai nega.. Moga Jadi Ank Soleh Dunia Akhirat.. “
” Cess dubai choco cookies, baem durian, yusof pulasan.. Raudhah nk jual apa plk lps nie, buah kurma kot, ahahaha.. “
” Menekan nekan jgk ya yusof, semua yang dia bawa buah semua kena beli, hahaha.. Yusoff2, bijak betul otak dia.. “
” Budak bertuah Yusoff handsome boy, besar jadi budak berjaya ya.. Satu family pandai berniaga.. Mewarisi betul.. “
” Pandai nyer lar meniaga mcm papa mama dia.. Kagumm tengok Yusoff ni, langsung tak takut, berani je dia menjual.. “
” Muka mak mulut bapak.. Hahhahaa comel lah bila tengok dia intai2 dompet makcik tu, pandai betul berniagaa si Yusoff ni.. “
Didikan keusahawanan yang diberikan oleh Dato’ Aliff dan Datin Shahida jelas membuahkan hasil apabila kesemua anak-anak mereka kelihatan berani dan yakin untuk berniaga. Perkongsian ini juga turut menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa di luar sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadhebrs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

