Artis / Selebriti
” Dia nyanyi tinggi-tinggi tu macam kunyah je lagu, padu Amad.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video anak Siti Sairah, Amad menyanyikan lagu Marsha Milan, Hening Rindu buat ramai terpukau. Wah, meremang bulu roma dengar versi dari Amad. Part tinggi tu memang power lah..
Meninjau ke akaun Instagram Gegar.my, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak saudara Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Amad menyanyikan lagu Hening Rindu telah memukau ramai orang. Amad merupakan anak kepada Siti Sairah dan adik kepada Umairah.
Ini bukanlah kali pertama Amad menyanyi di atas pentas, bakat Amad sememangnya sudah mula tular sejak Amad banyak menyanyi ketika sesi live di Tiktok. Seperti ibu, ibu saudara dan kakaknya, suara Amad juga cukup sedap dan merdu.
Lagu ini merupakan lagu milik Marsha Milan dan dinyanyikan oleh Amad dalam versinya sendiri tanpa dibayangi oleh penyanyi asal. Memang cukup meremang bulu roma apabila mendengar nyanyian Amad lebih-lebih lagi pada bahagian part tinggi.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Persembahan Amad ini bersempena Festival Da Bomb yang berlangsung di Kuala Lumpur. Memang terpukau penonton yang hadir dah juga yang menonton video nyanyiannya di media sosial.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Amad. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Suara dia lagi padu dari suara kakak dia… new superstar are born… anak buah tokti ni kan.. bakat yang mengalir dari ibu saudara.. “
” Sedap sungguhhhh… Meremang bulu roma.. Perjalanan bakal bersinar.. jaga adab jaga sikap jaga solat. InsyaAllah kejayaan dlm genggaman.. “
” Sedap sora Amad…Jaga adap jaga tingkah laku ..pasti amad akan disukai ramai..All the best for u.. hebat amad, Terbaik dik… boleh gi jauh ni.. “
” Dia mmg semua lirik lagu si amad nii..sedappp beterrrrr.. Terbaikkkk. Jaga diri hiasi peribadi. Bakat dr mak dan mkcik dia.. “
” Sedappnya Amad.. Syahdu sungguh..fly high amad.. Goosebumps.. tahniah anak muda.. Sedappppp vokal amddayan…padu.. “
” Dia nyanyi tinggi2 tu macam kunyah2 je lagu.. padu mad.. Bakal ke AJL ni one day. Ikot jejak makcik dia Tokti. all the best.. “
” Wow, padu lah .. selalu tak suka lagu ni tapi amad nyanyi jadi best pula.. bleh pergi lebih jauh adik ni.. semoga berjaya.. “
Bukan mudah untuk menyanyikan lagu asal oleh penyanyi perempuan dan memerlukan vokal yang tinggi. Amad membuktikan yang dia boleh melakukannya. Semoga Amad terus berjaya dan bakal menjadi penyanyi terkenal satu masa nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Gegar.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti17 hours ago Artis / Selebriti17 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	
