Artis / Selebriti
” Dia betul-betul buat lagu ni versi dia, sampai tak sedar tu lagu Tokti. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
Persembahan anak didik Aepul Roza, Kiki Fateeha di pentas final The Chosen One musim ke 2 menyanyikan lagu Kau Kekasihku buat ramai teruja. Fuh suara Kiki auranya lain macam. Tak tiru Tokti dan ada cara nyanyian tersendiri. Hebat lah Kiki..
The Chosen One musim 2 telah pun melabuhkan tirainya semalam. 4 orang peserta yang bertanding di pentas final iaitu Kiki Fateeha, Akhil Mikail, Azry Sabri, dan Atikah Rose. Kesemuanya menampilkan persembahan yang memukau dan antara yang menjadi perhatian ramai adalah persembahan Kiki.
Kiki merupakan anak didik kepada Aerul Roza dan persembahannya seperti jangkaan memang gempak. Aepul memang bijak dalam membuat percaturan dari segi pemilihan lagu. Untuk final ini, Kiki menyanyikan 2 lagu dan untuk persembahan solo lagu popular Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Kau Kekasihku menjadi taruhan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Astro Malaysia dan Astro Ceria, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Kiki. Nyanyian Kiki untuk lagu popular DS Siti ini meraih pelbagai respon daripada wargamaya. Kiki ada mutu suara yang hebat dan auranya tersendiri.

Jarang untuk semua mendengar orang menyanyikan lagu DS Siti tanpa dibayangi dengan gaya nyanyian figura itu. Kiki ternyata berjaya tampil dengan caranya tersendiri dan ianya membuatkan wargamaya terlupa itu adalah lagu DS Siti. Boleh meremang mendengar Kiki menyanyikan lagu ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@astromalaysia Macam lagu sendiri 🤩 #AstroBaharu #fyp #JomUsha #TheChosenOne2024
Satu lagi lagu persembahan duet Kiki bersama Aepul :
@astroceria Smooth like butter~ 🧈Terbaek lah Kiki & Aepul! 💯🔥 Siap ada…. Beyonce diorang import?! 😳 Biar betul! 👀 Undilah persembahan finalis favourite anda di Konsert Akhir The Chosen One malam ini! Layari www.thechosenone.com.my atau Scan QR code di kaca TV anda! #TheChosenOne2024 #AstroCeria #AstroRia #EvolusiBintangBaharu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Cara dia cabut ear monitor wow, Macam professional.. first time dengar orang nyanyi lagu tokti tapi tak tiru tokti.. “
” Vokal mantap layak juara..kredit stylist yg buat look kiki sprti nie cantik.. suara sedap ada macam tokti sikit.. “
” Meremang bulu roma, Bnyk2 lagu dia bawa, semua clean. Tak pernah dengar ada sumbang.. betul2 berbakat. Congrats kiki.. “
” Best nya dia buat improvement lagu tokti, mendayu-dayu.. Lagu ni dia bawa penuh jiwa.. smpai terus dekat jiwa yg mendengar.. “
” First time dengar orang lain cover lagu Tok Ti sedap. Tahniah kiki, selayaknya jadi juara.. suara emas, memang mantap.. “
” Dia betul-betul buat lagu ni versi dia ye.. mantapp lah kiki.. ia betul2 buat lagu ni versi dia ye.. terbaik.. “
” Yang bestnya lagu tu dia nyanyi dengan cara sendiri sampai tak sedar tu lagu Tokti.. Mantap sangat.. nyanyian yang ikhlas, tak berlebihan just nice.. tahniah Kiki.. “
Tidak salah percaturan Aepul untuk Kiki, vokal Kiki memang padu dan membuatkan semua meremang mendengarnya termasuk lah para juri. Semoga kejayaan Kiki di pentas The Chosen One musim kedua ini akan menjadi titik tolak untuk kejayaan yang lebih besar selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Malaysia, Tiktok Astro Ceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


