Artis / Selebriti
” Dengar Maam cerita pun dah seronok kisah cinta Fattah dengan Amira ni.. ” – Komen Netizen
Video pengasas Rissa Skin, Maam Nurul Syaheraa membocorkan rahsia percintaan Fattah Amin dan Amira Othman buat ramai terhibur. Wah patut lah Fattah jatuh hati dengan Amira..
Pengasas Rissa Skin, Maam Nurul Syaheraa antara pemegang rahsia besar Fattah Amin dan Amira Othman. Kerjasama yang dijalinkan antara Rissa bersama pasangan sensasi dan kesayangan ramai itu sudah bermula sejak hujung tahun 2024 lagi sehingga lah sekarang.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Molek FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Maam Nurul hadir ke konti Molek FM sebagai tetamu jemputan. Peluang ini digunakan oleh DJ Molek FM iaitu DJ Nazz dan Qila untuk mengorek rahsia Fattah dan Amira.
Maam Nurul memang seorang yang sporting dan sayang kedua-dua dutanya itu. Cerita Maam Nurul, Rissa antara produk terawal yang mengambil Fattah sebagai duta. Fattah pula pada waktu itu tidak kenal Amira dan hanya selepas Fattah muncul dalam MV Mira di London baru lah gadis bernama Nadia Amira ini dikenali.

Maam Nurul juga mendedahkan sikap Fattah dan Amira sepanjang mereka bekerjasama. Betul lah Fattah dan Amira ini pasangan yang sesuai dan ditakdirkan bersama. Banyak persamaan antara mereka sehinggakan kata Maam Nurul, bukan hanya Fattah tetapi wanita sendiri boleh jatuh hati dengan keperibadian Amira.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Founder yg paling function.. kerja keras betul dia smpai hilang suara.. maam tahu banyak rahsia kita tolong korek rahsia dari maam ok. hehe.. “
” Betul Mem. Dengan Pak Mat, Mira x jadi Duta. RissaSkin antara yg terawal collab kan fattah dengan Mira.. “
” Jolo doh tu,ambo pertamo kali jupo Amira depe-depe 2016 dulu pun terpegun… cantik, lemah lembut.. I suka sgt Mem nie, vibes dia positive.. “
” Maam sakit tekak lagi,semoga cpt sembuh.. Ingat Fattah Amin,ingat Rissa.. Ingat Rissa, ingat Amira Othman.. “
” Terbaikk la ma’am nurulsyaheraaa sian dia sampai hilang la suara tu klu tak boleh nyanyi lagu mira rasa & takdir kat konti tu.. “
” Saya dulu pun lemah lembut,suara sampai kurang dengar kalau borak.sekarang jiran 3pintu tau siapa pemilik suara yg dulu tak dengar nie haha.. “
” Dengar maam cerita pun dah seronok kisah cinta Fattah dengan Amira ni.. memang dua-dua tu dah ditakdirkan untuk bertemu dan berjodohan.. Semuanya keje tuhan, setulus takdir.. “
Itu rupa-rupanya sikap Fattah dan Amira pada pandangan Maam Nurul, memang sekufu dan sesuai menjadi pasangan hidup. Semoga rumahtangga Fattah dan Amira dilimpahi rahmat, berbahagia selalu dan dikurniakan ketenangan serta keharmonian sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Molek FM, IG Nurul Syaheraa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

