Artis / Selebriti
” Dengan mimik muka dan mata bulat tu, ala-ala sinetron Indonesia. Comel sangat.. ” – Komen Netizen
Video Nur Fatima Aisya berbual dalam bahasa Indonesia dengan ibunya, Fazura buat ramai terhibur. Alahai comelnya dengar sebutan Fatima. Elok fasih cakap Indonesia, tiba-tiba terkeluar perkataan ‘lah’. Berdekah mommy gelakkan Fatima, haha..
Setiap kali Fazura berkongsikan videonya bersama anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, pastinya posting itu akan meraih perhatian ramai. Fatima yang disukai oleh ramai ini seorang anak yang bijak dan petah bercakap. Fatima juga sering mencelah ketika Fazura sedang membuat live.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fazura Official Store, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fazura mengajak Fatima untuk berbual dalam bahasa Indonesia. Kata Fazura, Fatima pandai bercakap dalam bahasa Indonesia walaupun belum pernah menjejakkan kaki ke negara jiran itu.
Fazura menanyakan Fatima sama ada Fatima sudah makan atau belum dalam perbualan mereka itu. Mendengar Fatima menyebut satu persatu perkataan dalam bahasa Indonesia itu membuatkan warganet terhibur. Fasih sungguh Fatima dan reaksi wajah yang Fatima pada ketika itu menambahkan lagi kecomelannya.

Pada akhir perbualan, terkeluar juga perkataan yang selalu orang Malaysia gunakan dari mulut Fatima dan itu membuatkan Fazura ketawa. Terhibur Fazura dengan telatah Fatima dan warganet juga turut sama terhibur menonton telatah dua beranak ini.
Jom tonton video di bawah :
@fazura.officialstore adoii cute betul la nyama geram aunties uncles tengok 😘😘 #fazura #fatima #fatzura #tudungfazura
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Sehingga kini, lebih 5000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Diorang generasi youtube haha.. anak saya koyak pon sebut robek, handsome tu ganteng.. ni mesti bibik ajar nyamma kan.. dengan mimik muka dan mata bulat tu, ala-ala sinetron Indonesia.. “
” Budak-budak sekarang tengok youtube memang banyak bahasa indonesia.. ank buah sis pun pndai sebab dari youtube.. “
” Budak sekarang mmg suka cakAp indo.. anak-anak jiran mai rumah duk cakap indo.. geram je dengar Fatima cakap indonesia tu.. dengan mimik muka sekali eh, haha.. “
” Comei cakap bahasa indonesia manja-manja.. kenapa comel sangat ni nyamma.. so cute dua beranak ni.. “
” Cantik mummy, comel dan bijak Fatima.. Comel bangat sihh.. budak budak sekarang memang pandai cakap indonesia.. pening kepala kadang-kadang dengar.. “
” Pandai anak mommy cakap Indonesia.. Bijak macam mommynya jugak ni.. Fatima cakap ujung-ujungnya ada ‘ la ‘ terus jem haha.. “
“Pandai Fatima, boleh jdi actress di Indonesia.. budak-budak sekarang kan.. anak-anak aku kalau aku rembat dorg jerit “kaburrr” .. “
Comel sungguh mendengar sebutan Fatima itu. Paling mahal reaksi muka dengan mata yang dibulatkan itu, sudah seperti sinetron Indonesia pula. Apa-apa pun, semoga Fatima membesar menjadi anak yang bijak dan solehah selalu untuk kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fazura.officialstore
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


