Artis / Selebriti
” Dengan aku terbahak ketawa, tak expect reaction tu. Lawak Dato’ M Nasir ni, haha.. ” – Netizen
Video Di Sebalik Tabir Program Masakan You Know Nothing About Cooking Babak Sherry Alhadad, Datin Marlia Musa Dan Dato’ M. Nasir Buat Ramai Terhibur. Lain Macam Reaksi Dato’ M. Nasir Bila Rasa Masakan Sherry. Spontan Sungguh, Berdekah Semua Kru Gelak. Haha !!
Rancangan masakan You Know Nothing About Cooking bersiaran di saluran Astro Ria menampilkan Sherry Alhadad bersama Datin Marlia Musa dan Dato’ M. Nasir. Pelbagai ragam dan kerenah mereka dapat disaksikan dalam rancangan kegemaran seisi keluarga ini.
Meninjau akaun Instagram Sherry Alhadad, telah dikongsikan di sebalik tabir babak Dato’ M. Nasir merasai masakan yang dimasak oleh Sherry dan Datin Marlia. Ekspresi uka Datin Marlia dengan matanya yang bulat itu kelihatan cukup berdebar menanti respon si suami.
Tanpa sebarang kata-kata, tindakan Dato’ M. Nasir menggambarkan rasa masakan tersebut. Baru rasa sedikit, terus Dato’ M. Nasir meludahnya kembali dengan muka yang kelat. Tergelak besar semua kru penggambaran termasuklah Datin Marlia dan Sherry juga.

Ini tentu masakan tersebut terlalu masin sehinggakan tak mampu Dato’ M Nasir hendak menelannya. Lawak sungguh Dato’ M. Nasir. Jenakanya yang bersahaja dan spontan itu sudah cukup membuatkan semua yang melihatnya ketawa tak henti henti.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” I did not expect that reaction haha.. Paling best bila cik marlia n datuk mnasir ada.. terbahak ketawa tengok dato’ m, nasir ni.. ”
” Muka mami marlia always nervous kalau nak suruh wawa rasa tapi reaction sherry bersahaja betul kalau lah sherry jadi anak wawa n mami bebetul aku rasa dia jenis anak perempuan yg manja tapi suka melawan bidas kata wawa dia HAHAHAHAHAHA.. ”
” Dengan aku terbahak ketawa haha.. tak sangka dalam serious-serious Dato M Nasir ada lawak dia.. ”
” Ni real lawak, tak main-main haha.. Terus melatah nyanyi heyy kersani mengalir dikau haha.. bapak masin la tu jawabnya.. ”
” Weh terhibur aku hahah.. Mesti datin selalu tergelak dengan perangai dato dekat rumah kan haha.. ”
” Terkejut aku, ingat nak bersilat dah tadi haha. Agak2 mcm mne klu datuk nasir join project bapak².. hahaha.. ”
” Haha pecah ek, meriah dapur. Banyak kali weih aku ulang, dengan aku terkejut haha. sempoi dato.. ”
Warganet pun turut terkejut dengan reaksi Dato’ M. Nasir. Sempoi betul lah Wawa Sherry ni, tentu di rumah pun kelakar Dato’ M Nasir ini. Riuh rendah dapur dengan gelak tawa semua. Tak sangka, Dato’ M. Nasir kelakar orangnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sherry Alhadad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


