Artis / Selebriti
” Congrats kakak, you are engaged now.. ” – Ara Aziz
 
																								
												
												
											Gambar-Gambar Majlis Pertunangan Anak Aziz M. Osman, Puteri Aisya. Cantiknya Aisya, Sama Macam Ibunya, Nor Aliah Lee. Encik Tunang Pun Handsome, Sama Cantik Dan Sama Padan !!
Meninjau ke akaun Instagram, beberapa perkongsian gambar sekitar majlis pertunangan anak kepada pelakon dan pengarah terkenal, Aziz M.Osman iaitu Puteri Aisya telah dimuatnaik. Majlis pertunangan ini telah berlangsung pada 1 Jun lepas secara sederhana.
Bertemakan warna krim, Puteri Aisya dilihat sangat cantik dan manis dengan baju kurung modennya. Bakal suami Puteri Aisya juga turut hadir dengan berpakaian sedondon dan turut mengabadikan kenangan bergambar bersama di atas pelamin.
Majlis berlangsung secara ringkas, namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga. Malah adik kepada Puteri Aisya iaitu Ara Azizi turut mengucapkan tahniah menerusi posting di akaun Instagram miliknya dan mereka sememangnya sangat rapat sejak dari kecil lagi.

Perkongsian ini telah menerima lebih ratusan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun Puteri Aisya dan Ara berlainan ibu, namun mereka sangat mesra dan buat pertama kali Ara menjadi ‘ gadis dulang ‘ untuk majlis pertunangan kakaknya itu.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN-> untuk gambar seterusnya.. )
( Klik butang KANAN-> untuk gambar seterusnya.. )
Sekadar info, Puteri Aisya merupakan anak Aziz bersama bekas isterinya iaitu Datin Nor Aliah Lee Abdullah. Menerusi perkahnwinannya yang terdahulu itu mereka telah dikurniakan seramai lima orang cahaya mata. Kini, Datin Nor Aliah juga sudah berkahwin lain.

Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Puteri Aisya dan pasangan atas ikatan pertunangan yang termeterai. Semoga segala urusan dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya dan segala yang dirancang berjalan dengan lancarnya seperti yang diharapkan. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ara Aziz, Puteri Aisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti17 hours ago Artis / Selebriti17 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
