Artis / Selebriti
” Comelnya tengok dia dah pandai mengasuh adik lah, siap bagi susu lagi.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak sulung anak Raja Ilya, Talita Love yang begitu teruja memeluk adiknya, Royal Abraham setelah beberapa hari tidak berjumpa. Part yang bagi adik susu tu pun comel, dah boleh harap dah Kak Long Talita..
Beberapa hari lalu, pelakon Raja Ilya telah berkongsi berita gembira yang dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua secara pembedahan di Hospital Kind Edward, Australia. Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad melahirkan seorang bayi lelaki yang diberikan nama sebagai sebagai Royal Abraham.
Berkongsi pengalaman melahirkan anak keduanya, Ilya juga mengabadikan video kenangan saat pertama kali anak anak sulungnya, Talita Love berjumpa dengan Royal. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Ilya memuatnaik satu video baru gelagat anak-anaknya.
Menerusi video itu, kelihatan Talita begitu teruja dapat memeluk Royal. Di ruang kapsyen, Ilya memaklumkan yang Talita sudah beberapa hari tidak bertemu dengan adiknya kerana Talita tidak sihat mengalami selsema. Ilya terpaksa mengasingkan Talita kerana risau berjangkit kepada baby Royal yang baru lahir.

Oleh sebab itu, Talita terpaksa menunggu sehingga sembuh daripada selsema untuk berjumpa dan seterusnya memeluk adik lelakinya itu. Sehingga kini, video Talita bersama Royal menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Raja Ilya dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comelnya tengok dia dah pandai mengasuh adik lah, siap bagi susu lagi.. Geram tengok dua beradik ni, comel sangat.. “
” MasyaALLAH… Lepas ni mummy dah boleh rehat, kak long dah boleh harap jaga adik, hehehe.. Semangat betul badan Royal, haha.. “
” Talita dah mcm girl dlm kartun marsha and the bear dahh.. So cute.. Tahniah kak.. Selamat berpantang kak dan tahniah dah ada baby lagi.. “
” Apa nihhh… Muka adik sama besar muka kak longg nihhh… Gemolnyerr baby.. Gerammmm betul tengokkkk.. Rasa nk peluk2.. “
” Dua dua mcm patung jek… Omeyyy sgtttttttt.. Lepas dapat bagi susu dekat adik, ank2 patung dia dh tak main sebab dah ada yang real, hehe.. “
” Rajinnya Kak Long Talita jaga adik, hehehe.. Adik pun badan semangat lah.. Dua2 comel tau.. Semoga jadi anak yang soleh ya Royal.. “
” Wahhhh dah boleh tolong ibu jaga adik.. Comelnya.. Suka dia sblm ni dok main dengan patung yang ni its real happy si kak long.. “
Teruja sungguh Talita dapat memegang dan memberi susu kepada Royal. Seloroh peminat, selepas ini Talita tidak lagi bermain dengan anak-anak patungnya kerana sekarang Talita sudah mempunyai adiknya sendiri. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Ilya sekeluarga atas kelahiran anak keduanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rajailya, talitalovegarrett
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

