Artis / Selebriti
” Cutenya dengar Talita nyanyi, pandai lah dia. Pelat Talita comel sangat.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Raja Ilya, Talita Love Garrett menyanyi lagu Negaraku sempena Hari Merdeka raih pujian ramai. Alahai comelnya Talita, slang pelat-pelat minah salleh tu yang mahal..
Hari ini tanggal 31 Ogos 2025, rakyat Malaysia telah menyambut Hari Merdeka yang ke 68 tahun. Semestinya ramai yang berkongsi ucapan mahupun video sempena sambutan Hari Merdeka pada kali ini di akaun media sosial milik masing-masing.
Begitu juga bagi pelakon Raja Ilya yang kini menetap di luar negara, tidak ketinggalan berkongsi video yang memaparkan anak sulungnya, Talita Love Garrett menyanyikan lagu Negaraku. Menerusi video itu, Talita yang sedang berada di seat hadapan pemandu kereta dengan bersahaja menyanyi lagu Negaraku.
Suara Talita menyanyikan lagu Negaraku dengan slang ‘minah salleh’ membuatkan ramai yang terhibur. Selain itu, Raja Ilya turut berkongsi cerita kenangan ketika di bangku sekolah menyertai pelbagai aktiviti kemerdekaan. Antara yang tidak dapat dilupakan oleh Ilya adalah membuat persembahan teater sejarah di hadapan bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahatdir.

Perrkongsian oleh Ilya kali ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji kesungguhan Talita untuk menyanyi lagu Negaraku meskipun nyanyiannya itu mempunyai slang ‘minah salleh’. Bukan itu sahaja, kecomelan Talita juga membuat yang melihatnya menjadi geram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai nyanyian Talita dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cutenya dengar Talita nyanyi, pandai lah dia.. Pelat Talita comel sangat.. Pipi2 merah tu, geram je tengok gaya mulut dia.. “
” Raja Ilya, that true.. Bila kita berhikrah overseas, merdeka day hit us in a different way.. Selamat hari merdeka semua rakyat Malaysia.. “
” Pandainya Kak Long nyanyi.. Cerdik betul.. Caption Ilya, sedih.. missing homeland so bad kan.. Its okkk nanti balik yer.. “
” Awesome Talita, fuhh.. Selamat Hari Merdeka sayang…. Kak Long tak ajak mummy tgk kt rtmklik ke.. Kami dekat pun tengok dr RTM je.. “
Pandainya Talita menyanyi lagu Negaraku. Salah satu sikap Ilya yang harus diberikan pujian adalah walaupun Ilya menetap di luar negara, Ilya tetap mengajar anak-anak bercakap Bahasa Melayu dan menyanyi lagu Kebangsaan tanah airnya.

Untuk sekadar info, Talita kini sudah berusia 3 tahun dan telatahnya sering mencuit hati ramai. Ilya sering berkongsi video gelagat comel Talita di akaun Instagram miliknya. Selain Talita, Ilya turut mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada tahun lalu bernama Royal Abraham.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rajailya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

