Artis / Selebriti
” Comelnya Kak Long mintak mummy masak rendang. Bestnya dengar Kak Long cakap Melayu..” – Komen Netizen
Perkongsian Raja Ilya gelagat anak sulungnya, Talita meminta untuk makan rendang buat ramai terhibur. Alahai comel sangat slang Talita cakap Melayu. Peminat rendang rupanya Talita ni. Punya berselera Talita makan rendang. Muka omputih, tekak Melayu, hehe..
Kehidupan Raja Ilya bersama suami dan anak-anaknya seringkali dikongsikan di media sosial. Anak sulung Raja Ilya bernama Talita antara yang sering mencuit hati warganet. Talita yang mewarisi wajah mat salleh bapanya petah bercakap dan ada sahaja telatah yang membuatkan warganet geram.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Raja Ilya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Talita meminta Raja Ilya memasak rendang. Tulis Raja Ilya di ruangan kapsyennya, Talita penggemar rendang dan permintaannya itu tidak mengira waktu.
Jika selalunya orang makan rendang ketika perayaan, Talita pula berbeza. Tidak mahu menghampakan Talita, Raja Ilya memasak rendang bersama lemang dan kuah kacang untuk anaknya ini. Gembira bukan kepalang lagi Talita apabila Raja Ilya menghulurkan sepinggan makanan yang diinginkannya itu.

Seronok warganet melihat Talita makan dengan bersungguh-sungguh. Jarang kanak-kanak menyukai rendang sebegini. Melihat Talita makan mengundang rasa terliur pula di kalangan warganet. Gaya Talita bercakap dalam bahasa Melayu juga comel.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Uishhh selera betol tgk talita makan lemang kuah kacang dengan rendang weyy.. terliuq tengok.. “
” Payah budak nak makan lemang dengan rendang, bertuah nya kak long talita makan comei.. Talita anak Malaysia jugak kan… mesti nak makan rendang.. comel dia.. “
” Hehe kita geng rendang anytime.. Pandai Kak Long mintak nak mkn rendang daging n lemang. Suka nenek tengok Talita mkn selera sedap nya.. “
” Tekak melayu.. Mmg sedap rendang nd lemang.. dah besoq sikit boleh mkn sambal belacan lak! Perhhh terus ckp perak, kome.. “
” Pandainya Talita makan lemang n rendang. Sedapnya.. aunty pon suka rendang daging.. Bestnya dgr kak Long ckp melayu.. “
” Hello Talita Oh my gosh .. ur s cute & clever ever sweet girl . Nape la comel & bijak ne Talita . Pandai nk makan rendang dan lemang ne Talita Ur s gorgeous..”
” Comeynya kak long mintak mummy mskkn rendang.. Talita omeyy… doakan achik dpt cucu cantik dan bijak mcm Talita.. “
Ini memang betul-betul peminat rendang, tak perlu tunggu raya pun Talita makan rendang. Berselera Talita makan, terbukti anak mat salleh ini tekak Melayu. Apa-apa pun, semoga Talita sihat selalu dan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Raja Ilya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

