Artis / Selebriti
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak Raja Ilya, Talita Love yang begitu teruja membuat biskut raya buat ramai terhibur. Alahai comelnya Talita cakap Bahasa Melayu, dia punya slang tu yang cute sangat..
Bagi yang mengikut pelakon Raja Ilya, pasti ramai yang mengetahui yang Raja Ilya suka berkongsi video gelagat anak sulungnya iaitu, Talita Love. Sejak dilahirkan lagi, Talita turut mempunyai ramai peminat yang setia mengikut perkembangannya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Raja Ilya, telah dikongsikan video yang memaparkan Talita sedang membuat biskut raya. Tulis Raja Ilya, ini adalah biskut pertama Talita untuk Hari Raya pada tahun ini. Menerusi video itu, pada awalnya Talita memberitahu dia mahu biskut bernama red velvet.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah coleteh Talita ketika bercakap Bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, gelagat Talita yang turut teruja pertama kali membuat biksut juga dilihat sangat mencuit hati. Seloroh warganet, mendengar Talita bercakap Bahasa Melayu membuatkan mereka mejadi geram dengan kecomelan Talita.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Raja Ilya itu telah mendapat ribuan tanda suka daripada warganet. Pandai betul Talita buat kuih. Pejam celik, pejam celik, sudah besar Talita sekarang. Sudah boleh masuk dapur tolong buat biskut raya, alahai comel sangat.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video gelagat Talita membuat biskut raya dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comelnya gelagat kak long di dapur, geram dengar dia cakap, haha.. Talita ni budak paling comel, mulut dia kalau cakap je, buat kita pun jadi geram, haha.. “
” Suka tengok gelagat kak long Talita buat mata pandang atas.. Gerammm.. Kak long jom balik Taiping.. Aunty dah lama tak balik.. “
” So comel Talita cakap melayu..Ilya better you speak malay dgn dia bagi dia fluent.. Kita tengok suka betul kalau Talita ni cakap melayu, hehe.. “
” Kepada Khairul aming talita buat jadi, hahaha.. Comeyyy nya diaaa.. We need more video of Talita speaking Malay pleaseeee.. “
” Talitaaaa.. Nk kena gomol ke apa ni,gerammmmm…Wat cookies utk raya ye.. Mata kak long tengok hujung video tuuuu, hahaha.. “
” Her reaction, hehe so cute.. masa breaking the egg, omg, comeii BM dia.. Mga Talita lepas ni bertambah rajin lah yer buat cookies, hehe.. “
” Talitaaaa cantik nya awak, pandai ek buat kueh, slow² belajar sikit² dari ibu. Dah besar nanti pandai lah tu buat sendiri kan sayang.. “
Nampak menyelerakan biskut raya yang Talita buat. Apa-apa pun, petah sungguh Talita bercakap bahasa Melayu sekarang, meskipun ada sedikit slang mat salleh. Semoga Thalita terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rajailya, joyus.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

