Artis / Selebriti
” Comel sungguh anak Izara ni, boleh law4n Mama ni. Lama tak tengok dia.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Izara Aishah Kongsi Gambar Terbaru Bersama Anaknya, Irisa Alaia Raih Perhatian Warganet. Alahai Alaia, Semakin Besar Semakin Cantik Macam Mama Dia. Bukan Main Melentik Lagi Posing Tu, Comel Sangat !!
Irisa Alaia merupakan nama yang diberikan oleh Izara Aishah dan Adib Khalid kepada anak sulung mereka. Alaia yang sudah pun genap usianya 3 tahun pada bulan April yang lalu membesar dengan sihat dan antara cucu kesayangan Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Seri Khalid Jiwa.
Jarang sekali untuk warganet dapat melihat gambar atau video Alaia dikongsikan oleh Izara di media sosial. Sesekali sahaja dan itu pun dapat dikira hanya beberapa kali sahaja gambar si cilik ini ditonjolkan. Menerusi akaun Instagram Izara Aishah, sekeping gambar terbaru Izara bersama Alaia telah pun dimuatnaik.
Alaia yang memiliki kulit putih gebu sejak dari lahir lagi kelihatan semakin comel. Dengan rambut yang dibiarkan lepas mengurai, Alaia mewarisi kecantikan mamanya itu. Izara pula seperti biasa, tetap tampil jelita dan sopan dengan busana muslimahnya.

Sama seperti perkongsian Izara yang lain, posting ini juga tidak dibuka ruangan komen kepada umum. Gambar yang sama juga ada dimuatnaik Izara di akaun Facebook rasminya dan menerima ratusan komen daripada warganet. Yang pasti, semua memuji kecomelan Alaia.
Jom baca perkongsian di bawah :
Hampir 40 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Izara setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comel baby ni.. Cucu dato’ siti nurhaliza, sebijik muka tokti la aiii.. makin besar makin cantik Alaia ni.. suka tengok muka comel dia tu.. ”
” So swett, semoga Alaia menjadi anak yang baik di sisi Allah SWT dan kedua orang ibu bapa.. comel lah Alaia.. ”
” Masya Allah, comel sungguh anak Izara ni. Lama tak tengok, dah big girl dia sekarang.. semoga sihat selalu.. ”
” Alhamdulillah cantik dan cute.. semoga menjadi anak yang solehah.. so pretty both mom and daughter.. ”
” Wow, Alaia kelihatan seperti mamanya. Comel sangat anak dar4 Izara ni. Dah besar kakak tu boleh tambah adik andai ada rezeki.. ”
” Cantiknya Izara, Alaia pulak makin comel. kemain melentik posing ye Alaia hehe.. ger4m tengok Alaia, putih gebu macam anak patung.. ”
” Alaia boleh lawan mama ni, so pretty and cute lah Alaia. Mama dan anak sama-sama comel ni.. Izara pun makin cantik sekarang.. ”

Semoga Irisa Alaia membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang tinggi budi pekertinya dan berakhlak mulia seperti kedua orang ibu bapanya serta menjadi kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak. Jadi anak yang baik selalu ye Alaia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Izara Aishah, FB Izara Aishah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti2 days ago Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
