Artis / Selebriti
” Comel lah kau dik, ‘ saya pun ada kereta control GTR.. ‘ ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Seorang Kanak-Kanak Yang Begitu Teruja Melihat Kereta Mewah Sufi Rashid Buat Ramai Terhibur. Betul-Betul Excited Adik Ni. Comel Je Dia Cakap Dia Pun Ada Kereta GTR Juga, Tapi Kereta Control, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram Sufi Rashid, perkongsian sebuah video yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak berada di sebelah kenderaannya telah membuatkan ramai terhibur. Sufi memandu kereta jenis Nissan GTR bersama isterinya.
Seorang daripada kanak-kanak tersebut menegur Sufi dengan panggilan pakcik dan menyatakan rasa teruja melihat kereta itu serta merasakan kereta tersebut begitu mahal. Sufi dan isteri juga melayan sahaja kanak-kanak tersebut.
Di kesempatan itu juga Sufi turut bersedekah kepada sekumpulan kanak-kanak tersebut dengan memberikan duit raya. Paling menghiburkan apabila kanak-kanak lelaki itu turut menyatakan yang dia juga mempunyai kereta kawalan jauh jenis GTR.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sufi juga turut mendoakan agar kanak-kanak lelaki tersebut berjaya memiliki kereta GTR idamannya suatu masa nanti.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Comel lah.. korg pun baik je melayan budak2 tu semoga dimurahkan rezeki selalu.. Alolo comel lah kau dik, saya pun ade keta kontol GTR.. “
” Saya akan selalu doakan pakcik dan isterinya.. Wah…. semoga Allah beri lagi rezeki sufi dan isteri… Doa budak² makbul, Insya’Allah.. “
” Suke budak2 tu dpt duit raya… plus Sufie & wife x sombong & budi bahase… semoge sufierashid & wife dimurahkan rezeki tanpe henti & dimudahkn segala urusan… aamiin yba.. “
” Well that kid is better than me .. at least he knows its a gtr.. if it was me .. i only known it as a car.. Kemain lagi budak ni tak nak kalah kereta control GTR. Cute lah dia.. “
” Sebiji mcm anak aku, tapi dia minat mustang.. Mana² lalu kedai jual kereta ke, lalu atas hiway ke bila nampak mustang dia punya excited lain mcm.. Kereta impian dia mustang.. “
” Comel lah.. korg pun baik je melayan budak2 tu semoga dimurahkan rezeki selalu.. tak semua org ada hati budak2 yer… tahniah pakcik & makcik doa & redha ank2 nie xde hijab… teruskan yer .. “
” Membahagia kan kanak2 sgt Indah. Semoga Allah SWT membalas kebaikkan dgn kebaikkan yg berlipat Ganda. Aamiin Salam Jumaat yg penuh barokah .. “
Cara Sufi dan isterinya yang melayan kanak-kanak tersebut sangat dipuji. Pastinya kanak-kanak tersebut tidak mengetahui yang dia sedang berbual dengan seorang artis. Semoga Sufi dan isteri sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sufi Rashid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															
