Artis / Selebriti
” Nak beranak and after beranak pun still cantik Shila.. ” – Netizen
Shila Amzah Kongsi Video Perjalanan Melahirkan Cahaya Mata Keduanya. Sempat Lagi Ubai Melawak Masa Shila Menahan Sakit. Sweet Betul Cara Ubai Melayan Shila. Shila Maintain Cantik Sebelum Dan Selepas Bersalin !!
Semalam penyanyi Shila Amzah telah pun selamat melahirkan cahaya mata keduanya iaitu seorang bayi perempuan. Bayi ini diberikan nama Rhea Akira dan ia merupakan hasil perkongsian hidupnya bersama Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai.
Menerusi akaun Instagram, Shila telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan perjalanannya untuk melahirkan Rhea Akira. Bermula daripada memasuki wad hospital sehinggalah bersalin, Ubai sentiasa berada di sisi Shila.
Apa yang mencuri perhatian ialah penampilan Shila yang tetap cantik walaupun sebelum dan selepas bersalin. Shila juga nampak begitu tenang ketika melayan sakit contraction dan sempat lagi berbual-bual serta bergurau dengan Ubai.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai peminat begitu suka melihat pasangan ini. Walaupun Ubai lebih muda daripada Shila, namun mereka nampak sangat serasi bersama.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen terutamanya penampilan Shila yang tetap cantik. Antara komen-komen yang diberikan :
” I’m so so so happy for you baby shahilaamzah And ubaimz and little Seth Love you guys so much and can’t wait to meet little Rhea when I come back from the Caribbean.. “
” Cantiknya nama rhea akira..tahniah sha n ubai…yeayy seth dah ada adik girl.. Tahniah… dah dapat sepasang…. selamat berpantang.. “
” Nak beranak and after beranak pun still cantik shila, i love her.. Rhea mesti cantik macam mama dia.. Congratulations Jgn gelak ok… bertahan atleast 2 weeks jgn gelak.. “
” MasyaAllah seri ibu is no joke, you glow differently this time Kasha Selamat berpantang & speedy recovery Kasha kesayangan semua Assalamualaikum baby Rhea Akira anak solehah .. “
” Ubai tlg la jgn buat lawak nanti kasha tergelak sakit wooo kt tmpt czer tu hahahahahaha aku dah rasa masa laki aku melawak lepas beranak.. “
” Tahniah buat kalian.Selamat berpantang sha.Semoga baby membesar dgn sihat jadi anak solehah.Rumah tangga kalian senantiasa bahagia kekal hingga jannah.Aamiin.. “
” Cantik jelaa time dah nk bersalin pon..kalau kita,dgn smuanya kembang.jln pon mcm penguin. Anyway tahniah both of you.. “
Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah dan Ubai kerana telah pun selamat menimang cahaya mata perempuan. Semoga ibu dan anak sentiasa sihat dan selamat menjalani tempoh berpantang kepada Shila. Jaga diri baik-baik okey.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ShilaAmzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



