Artis / Selebriti
” Comel je ibu duk rakam, ayah gelak-gelak. Nampak ibu Fattah seronok kali ni.. ” – Komen Netizen
Video behind the scenes yang warganet tidak nampak ketika live Fattah Amin dan Amira Othman. Eh ada ibu dan ayah Fattah lha, siap tengok depan mata lagi. Pak Azad pula menyakat menyanyi lagu selamat pengantin baru. Lari terus Fattah dan Amira..
Riuh dan penuh dengan gelak ketawa, itu yang dapat digambarkan mengenai sesi live antara Fattah Amin, Amira Othman dan Pak Azad yang telah berlangsung semalam. Pak Azad bertindak sebagai ketua netizen dan bertalu-talu soalan dan usikannya terhadap Fattah dan Amira.
Malah beberapa kali juga Fattah dan Amira tersasul memberikan jawapan yang membuatkan Pak Azad lebih teruja. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Rissa Skin HQ, telah dikongsikan suasana ketika mereka bertiga ingin mengakhiri sesi live semalam.
Bak komen warganet, Pak Azad sangat ‘function’ dan misinya untuk mencari jawapan mengenai hubungan Fattah dan Amira ada hasilnya. Pak Azad menyanyikan lagu selamat pengantin baru dan mengajak semua yang berada di set juga turut sama menyanyi bersama-sama.

Fattah dan Amira terus bergerak keluar ke tepi agar mereka tidak kelihatan dalam frame. Menerusi video ini, warganet dapat melihat ibu dan ayah Fattah juga sebenarnya ada di situ. Seronok ibu Fattah merakam aksi malu-malu Fattah dan Amira.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rissaskin_hq Dah tak de tempat nak lari 😂. Cukupkan 500k view video ni mem belanja lagi BTS yg tak de dalam screen semalam ek! Share ramai2 hihi #intensivenightcreamrissaskin #rissaskin #rissaskinxfattahamin #alldaymoisturesymwhite377rissaskin
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yang duduk dekat sofa tu parent Fattah ke? penat saya zoom hehe.. Comel je ibu duk rakam, ayah gelak-gelak.. nampak ibu fattah seronok kali ni.. “
” Wah, parent fattah ada sama. patutla fattah dan mira malu-malu.. restu Dari ibu bapa, kluarga Dan rakan artist da approve.. ibu Fattah pun rakam gelagat anak-anak dia ni.. “
” Comey fattah bwk parents dia teman dia brkerja.. patutlah rezeki dia tak putus-putus.. sentiasa utamAkan parents dia.. “
” Parents Fattah Amin pun ada rupanya.. Bapanya tersenyum, ibu siap rekod.. Mem pun join nyanyi.. Semoga yg terbaik2 ajerrrr.. “
” Mem ketua netizen yang sebenar haha.. ak dah zoom byk kali,itu memang mak ayah Fattah.. ni dah macam ayah, mak, anak, menantu datang kerja sekali.. cute sangat.. “
” Oittt aku lunch sambil tersengih depan ikan goreng. Ada mertua hadir. ini confirmed sangat sangat dh.. “
” Klu ada parents fattah takan mem ngn pak azad berani usik mcm tu if x betul kan.. semoga dipermudahkan urusan.. Orang dulu-dulu kata dah ada bau-bau nak makan nasi minyak tak lama lagi.. “
Wah dalam frame tak nampak, apabila Rissa Skin belanja BTS baru lah kelihatan ada ibu dan ayah Fattah menonton gelagat anak mereka dan mungkin bakal menantu, hehe. Sesi live paling meriah dan ending yang cukup sempurna daripada Pak Azad untuk Fattah dan Amira.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rissa Skin HQ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

