Artis / Selebriti
” Cara Thalita borak sama macam Siti Sarah. Gelak tu pun macam ibu dah Thalita.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Thalita bercerita mengenai dirinya yang dipulaukan oleh sebilangan kawan-kawan di sekolah raih simpati ramai. Alahai cara Thalita bercakap sebijik macam arwah Sarah. Part yang ‘ saya tak kisah ‘ tu slay lah Thalita..
Nama anak kedua Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin, Thalita semakin menjadi sebutan ramai. Thalita membulatkan tekad untuk bergelar penyanyi popular sehebat arwah ibunya. Kini Thalita melangkah setapak lagi apabila bakal beraksi dalam satu pentas besar bersama penyanyi-penyanyi tersohor negara.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Thalita ditemubual oleh pihak wartawan selepas berakhirnya sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends semalam. Thalita menjadi tumpuan kerana Thalita yang terpaling muda dan baru dalam industri.
Thalita mendedahkan semenjak dia aktif menyanyi dan mula dikenali, rakan-rakan di sekolah memberikan reaksi yang kurang menyenangkan hati. Tidak semua tetapi ada sebilangannya yang tidak mahu berkawan dengan Thalita. Kata Thalita lagi, dia dipalaukan kerana cemburu.

Walaupun menghadapi keadaan sebegitu, Thalita menyifatkan itu adalah cabaran untuk dirinya. Tidak tahu mengapa kawan-kawannya mengata perkara yang buruk di belakang, namun di hadapan berlakon baik, Thalita tidak mempedulikan semua itu dan menerimanya dengan tenang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” “Ada yg taknak kawan dgn sy..tapi sy tak kisah” with attitude hahaha… anak no2 sangat dia pny reaction tu.. “
” Dia gelak macam arwah ibunya sangat. Cara bercakap pun so matured.. sebijik macam gaya Sarah bercakap.. “
” Thalita ni cara ckp sebjik mcm arwah ibu dia , semoga awak jadi ank yang berjaya ye Dan kuat.. “
” Cara Thalita borak sama macam arwah Siti Sarah.. Gelak tu pun macam ibu dah Thalita. love korang.. “
” Dikta nie macam balqis kan, besar besok lawa teroks nie.. Suara macam arwah ibunya.. Be strong k.. bnyk lagi cabaran yg mendtg.. strong like your mom.. “
” Thalita ni makin lawa dan bijak. cara dia menjawab soalan wartawan tu, matang. Mungkin kawan-kawannya segan sebab Thalita dah femes.. “
” Amboiii kekecik lagi , kemain cara jawab tu macam orang besar .. comel lah dekta ni.. apapun moga yang baik je laa untuk dekta.. “
Itu semua dugaan dan cabaran untuk Thalita. Mungkin kawan-kawannya segan kerana Thalita semakin dikenali. Apa-apa pun, semoga yang terbaik untuk Thalita dan bukan hanya sahaja berjaya sebagai penyanyi tetapi juga cemerlang dalam pelajaran. Semoga menjadi seorang bintang yang berilmu ye Thalita.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti17 hours ago Artis / Selebriti17 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
