Artis / Selebriti
” Cara dia memandang adik lelakinya, melting tengok.. ” – Komen Netizen
Gambar anak pertama Elisya Sandha, Bunga Elhaq bersama adiknya, Bahtera Elhaq curi perhatian warganet. Alahai comel sangat kakak dan adik ni. Sayang betul Bunga pada adik Bahtera..
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Elisya Sandha dan pasangannya, Uzair Haqimy telah pun dikurniakan seorang bayi lelaki pada 16 Mei baru-baru ini. Kelahiran si kecil ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh semua keluarga Elisya dan Haq.
Nama Bahtera Elhaq telah pun disepakati bersama oleh Elisya dan Haq untuk hero mereka ini. Nama yang unik, seunik nama kakaknya, Bunga Elhaq. Sebelum kelahiran Bahtera, ramai yang tidak sabar untuk melihat bagaimana agaknya reaksi Bunga apabila adik sudah lahir.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bunga Elhaq, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Bunga bersama Bahtera. Moment indah antara kakak dan adik ini diabadikan oleh Elisya sebagai kenangan untuk Bunga dan Bahtera lihat apabila dewasa kelak.

Bunga duduk di atas sofa dan Bahtera pula diletakkan di atas ribaannya. Comel sahaja cara Bunga memegang adik Bahtera. Gaya kakak-kakak Bunga terserlah dan pastinya Bunga akan menjadi kakak yang terbaik, penyayang yang akan selalu melindungi adik Bahtera.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bunga, cantik sangat awak ni.. Cara dia memandang adik lelakinya melting tengok.. nyawa mummy.. “
” Yeay alhamdulillah bunga da jadi seorang kakak.. cutenya adik dan kakak ni.. masha Allah.. comel sangat kakak bunga jaga adik.. “
” Comelnya sayang dia.. cantik lah bunga ros ni. congrats.. “
Antara gambar lain yang dikongsikan oleh Elisya di Instastory miliknya :


Tumpang gembira warganet melihat reaksi Bunga apabila bersama Bahtera itu. Terpancar kegembiraan di wajah Bunga, ada geng untuk Bunga bermain nanti. Melihat gaya Bunga memegang Bahtera, sudah boleh diharap untuk membantu mummy menjaga adik ini.

Baik Bunga mahu pun Bahtera, kedua-duanya comel dan akan selalu menjadi kesayangan semua wargamaya. Semoga Bunga akan menjadi pelindung adiknya ini dan kasih sayang antara dua beradik ini sentiasa berkekalan sehingga mereka berdua dewasa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bunga Elhaq, IG Elisya Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

