Artis / Selebriti
” Cantiknya rindu nak tengok muka Lofa. Nampak sipi-sipi pun jadilah.. ” – Netizen
Neelofa Kongsi Video Thr0wback Ketika Mengerjakan Umrah Raih Perhatian Peminat. Bagus Haris Jaga Neelofa Sebaik Mungkin. Part Tengah Tawaf Tu, Terubat Rindu Nak Tengok Muka Lofa. Berseri-Seri !!
Neelofa dan suaminya, Haris Ismail serta beberapa ahli keluarga Neelofa yang lain telah pun mengerjakan umrah bersama bulan lalu. Neelofa sentiasa mencur1 perhatian media dan para peminat setianya.
Meninjau akaun Instagram Neelofa, telah dikongsikan video thr0wback ketika sedang mengerjakan umrah bersama Haris. Neelofa mengenakan jubah berwarna putih dan Haris pula lengkap dengan pakaian ihram.
Turut dipaparkan ketika pasangan ini membuat tawaf dan dapat dilihat sipi-sipi wajah Neelofa ketika itu. Ramai yang tidak tahu, purdah wajib dibuka ketika melakukan tawaf rukun umrah kerana menutup muka adalah salah satu lar4ngan dalam ihram. Manakala bagi tawaf sunat, hukumnya adalah makruh.

Peminat sememangnya rindu hendak melihat wajah penuh Neelofa. Layanan Haris yang menjaga Neelofa dengan baik mendapat pujian daripada peminat. Apabila wanita berada di tangan lelaki yang betul, aura bahagia itu dapat dirasai oleh orang yang melihatnya.
Jom tonton video di bawah :
Baru beberapa jam dikongsikan, perkongsian oleh Neelofa ini telahpun meraih lebih 70 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bahagia tengok Lofa bahagia. Alhamdulillah.. mudah-mudahan Allah rezekikan Kita pun dpt merasa bahagia seperti dia.. “
” Baru tahu kalau berpudah nak tawaf kena buka purdah.. dah hbis baru pkai smula.. ilmu baru.. “
” Alhamdulillah, Lofa temui bahagia yang dia cari selama ni.. Cantiknya rindu nak tengok muka Lofa. nampak sipi-sipi pun jadilah.. “
” Cantik sangat sangat kak Lofa. Bila wanita itu berada dengan lelaki yang tepat.. Alhamdulillah jodoh yg sgt sesuai utk lofa.. perancangan Allah swt mmg terbaik.. “
” Duk ulang-ulang tengok, sweet sangat Lofa dengan Haris ni. Suka sangat tengok Lofa tak tahu kenapa. Aura positif dia cantik.. “
” Aura positif aura kebahagiaan dia terserlah,, Alhamdulillah lofa di samping insan yg tepat.. “
” Seronok tengok Lofa dengan Haris ni, terbaik lah korang berdua. Rasa nak nang1s tengok Lofa bahagia macam ni.. “
” Sweet je tgk laki dia jln pimpin tangan. Bahagia tgk kak lofa.. kak lofa sangat humble, periang. Love you.. “

Seronok melihat Neelofa dan Haris ini, kebahagiaan yang tidak hanya dirasai oleh mereka tetapi peminat-peminat mereka juga. Semoga ikatan perkahwinan Neelofa ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

