Artis / Selebriti
” Cantiknya bakal wife Tengku Arif Bendahara ini. So beautiful.. ” – IG Inaijari
Video Dan Gambar Bakal Pasangan Pengantin Diraja YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Natasya Tengku Adnan Di Majlis Pengajian Raih Perhatian. Simple Tapi Cantik Sangat !!
Kisah percintaan antara Tengku Arif Bendahara, YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Natasya Tengku Adnan bukan lah rahsia. Sebelum ini juga, tular diperkatakan pasangan ini bakal melangkah ke jinjang pelamin dan mengakhiri zaman bujang mereka.
Sebagaimana hantaran yang dibuat oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah di aplikasi Tiktok, permaisuri memaklumkan majlis istiadat perkahwinan Tengku Arif Bendahara dan Tengku Natasya akan dilangsungkan pada 24, 25 dan 27 Oktober ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan hari pertama untuk istiadat perkahwinan diraja Tengku Natasya dan Tengku Muhammad yang dipanggil sebagai Majlis Pengajian.

Tengku Natasya kelihatan cantik dan berseri-seri sekali. Bakal pengantin ini mengenakan busana baju kurung yang indah rekaannya dan berselendang. Kejelitaan wajah Tengku Natasya ini mendapat pujian daripada ramai warganet. Memang sesuai dan sepadan dengan Tengku Muhammad, bagai pinang dibelah dua.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cantiknya Tengku Natasya.. so sweet.. semoga dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah swt.. “
” Beautiful Tengku Natasya.. Natasya ni anak tengku Adnan mansor ke.. cantik.. “
Untuk makluman semua, Tengku Natasya yang dilahirkan pada tahun 1995 kini berusia 29 tahun, manakala Tengku Muhammad pula berusia 27 tahun. Perbezaan usia antara mereka bukanlah penghalang untuk pasangan diraja ini mencipta kebahagiaan dan kegembiraan mereka bersama.

Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi Istiadat Perkahwinan Diraja akan berlangsung secara besar-besaran dan pastinya rakyat jelata tidak sabar untuk melihat pasangan ini di atas pelamin. Semoga segala perancangan Tengku Muhammad dan Tengku Natasya untuk perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

