Artis / Selebriti
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
Video anak Datin Alyah, Nur Izzara mengajuk cara daddynya, Dato’ Ramli MS batuk buat ramai terhibur. Alahai pandainya Zara ajuk daddy, siap letak tangan kat dada. Comel sangat Zara..
Kehidupan Datin Alyah dan Dato’ Ramli MS semakin bahagia sejak kehadiran Nur Izzara. Pejam celik, pejam celik, kini Izzara sudah pun lebih setahun usianya. Hari demi hari, wajah Izzara semakin nampak seiras dengan wajah Datin Alyah. Kecomelan Izzara membuatkan ramai geram terutamanya matanya yang bulat itu.
Menerusi perkongsian terbaru Datin Alyah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Izzara dengan Datin Alyah. Seiring dengan usianya, Izzara melalui fasa tumbesaran yang normal sebagaimana bayi-bayi lain.
Datin Alyah dan Izzara sudah boleh berinteraksi antara satu sama lain. Apa yang Datin Alyah cakapkan boleh difahami oleh anak kecil ini. Beberapa pertanyaan diajukan oleh Datin Alyah kepada Izzara dan Datin Alyah meminta untuk Izzara menjawab dengan membuat bunyi-bunyian.

Izzara semakin pandai mengajuk apa yang dilihat di sekitarnya. Antara bunyi yang Izzara perdengarkan adalah bunyi kucing dan bunyi ketika Tok Ram sedang batuk. Comel sungguh cara Izzara mengajuk daddynya itu sambil tangannya diletakkan di dada.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bunyi batuk daddy tu yg mahal.. bijak izzara.. Semoga Izzara membesar dgn sihat.. sentiasa dlm lindungan dan rahmat Allah… jadi ank solehah mummy daddy.. Aamiin.. “
” Alaaaa gerammmmm pandainya dia.. Comelnye Zara.. dah faham mommy cakap.. muka sebijik Alyah.. semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt.. “
” Makin cerdik dan comel budak ni.. mata bulat dia tu geram lak tengok.. dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. “
” Comel betul Zara ni, geram tengok. makin besar makin sama muka dengan Datin Alyah.. Semoga adik sentiasa dlm Rahmat Allah brsma mama dn papa adik.. “
” Ya Allah bijak nya cerdik comel semua cukup pakej zara.. moga membesar jadi anak solehah.. muka mommy sebijik ea.. “
” Cantik lah mata Zara, kelakar lah Zara buat gaya batuk daddy tu. Pandai sangat dia.. Semoga semua keluarga alyah Allah beri sentiasa sihat selalu… Aamiin³.. “
” Lama tak tengok video Zara.. masya Allah comel sangat ni.. dah pandai lah boleh jadi geng borak dengan mommy.. “
Seronok warganet mendengar celoteh Datin Alyah bersama Zara. Semoga Nur Izzara membesar dengan sihat selalu, diberikan kesihatan yang baik, berbudi bahasa seperti daddy dan mommynya serta menjadi kebanggaan kedua ibu bapa apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah, Tiktok Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


