Artis / Selebriti
” Bukan main eh Fatima, tak boleh cari makan lah mummy lepas ni..” – Netizen
Video Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Ketika Majlis Fazbulous Raya 2024 Buat Warganet Terhibur. Amboi Waktu Rehearsal Bukan Main Lagi Catwalk Fatima Ye. Part OOTD Dan Masa Posing Tu Memang Comel Sangat. Daddy Paling Struggle Kali Ni !!
Semalam telah berlangsungnya perasmian Fazbulous Raya 2024 anjuran Fazura. Menampilkan pelbagai koleksi tudung, ianya berlangsung dengan jayanya. Antara corat-coret yang menarik sepanjang majlis ini adalah dengan kehadiran anak Fazura, Fatima sebagai model cilik mengiringi mummynya di pentas.
Meninjau akaun Instagram Bamtahdolly dan Tik Tok Myfazura, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Fatima sebelum, semasa dan selepas majlis itu berjalan. Fatima yang memakai baju kurung berwarna biru gelap kelihatan sangat comel ketika rehearsal berjalan di atas pentas.
Fatima melambaikan tangannya dan membuat flying kiss sambil berjalan memperagakan busana yang dipakai olehnya. Ketika majlis berlangsung, Fatima memberikan kerjasama yang baik dan turut sama catwalk bersama Fazura. Alahai kecil-kecil lagi sudah pandai Fatima.

Sesudah majlis, part OOTD untuk Fatima pula dilakukan. Mengikut sahaja arahan mummy dan daddy, banyak posing menarik yang dilakukan oleh Fatima. Namun di sebalik kecomelan Fatima, ada daddy yang struggle mengajar anak kesayangannya ini.
Jom tonton video di bawah :
@myfazura Comelnya Nyamma lambai kat semua orang.. Dia pun nak jadi catwalk juga! 🤩 #fazbulousraya2024 #fashionshow #miliksemua #fazura #fattahamin #fatima #nyamma #catwalk
@myfazura Bila nak anak bergambar, semua parents memang macam ni ke? 🤭 #fazbulousraya2024 #fazura #fattahamin #fatima #nyamma #miliksemua #parentsbelike
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Geram nya tgk nyama.. Kecil2 lagi dah boleh diharap dn membamtu mummy dan daddynya mempermosi baju raya. Nampak sopan aja catwalk Fatima.. ”
” SubhanAllah comelnya Fatima aka Nyamma terkedek-kedek jalan ala-ala model cilik. Laju betul model ni jalan hehe.. ”
” Ni bukan catwalk dah. catrun dah ni Nyanma hehe.. Comel sangat Nyanma, terkedek-kedek pastu terus lari haha.. ”
” Waa… fatima rehearsal dulu.. Bukan main eh Fatima, terkedek kedek jalan dengan tangannya. tak boleh cari makan lah mummy lepas ni.. ”
” Di sebalik anak yang comel, ada parents yang struggle hehe. Lawak daddy fatimah ajar posing haha.. ”
” Hahaha comel je dia dalam malu-malu tu.. daddy nyamma yang ajar rupanya.. fatima dh pandai bergaya.. ”
” Cantik Fatima. Pasangan FATTZURA paling bahagia dan yang terbaik. Kecil2 lagi Fatima dah bole membantu mummy dan daddynya. Suka melihat pasangan FATTZURA ni x jemu mata memandang.. ”
Alahai Fatima, sudah boleh jadi model cilik mommy lah sekarang. Gaya Fatima sangat cute, makin besar makin cantik dan bijak kesayangan Fattah dan Fazura ini. Apa-apa pun, semoga Fatima membesar dengan sihat, sentiasa ceria dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bamtahdolly, Tiktok Myfazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

