Artis / Selebriti
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen
Video lakonan anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana bersama anak Diana Danielle, Muhammad raih perhatian ramai. Amboi Aaisyah, betul-betul menjiwai watak. Chemad pun bukan main lagi yer bila crush lalu, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik wawaofficial_hq, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah anak perempuan pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana berlakon bersama anak pelakon Diana Danielle yang bernama Muhammad.
Menerusi video itu, Muhammad melakonkan babak sedang menimbang bola. Pada ketika itu crushnya yang dilakonkan oleh Aisyah sedang berjalan melintasinya. Video yang berdurasi kurang daripada seminit ini meraih perhatian ramai walaupun sketsanya pendek sahaja.
Ramai yang memuji Chemad dan Aaisyah pandai berlakon dan bakat mereka itu sebenarnya mewarisi daripada kedua ibu bapa mereka. Selain itu, ada juga mengatakan wajah Chemad dan Aaisyah seperti model kanak-kanak antarabangsa.

Difahamkan, Chemad dan Aaisyah berkerjasama untuk mempromosikan sebuah produk. Selain itu, menerusi akaun Instagram Wawa Official Hq, ada dimuatnaik gambar Chemad, Aaisyah bersama anak pelakon dan juga usahawan, Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@wawaofficial_hq Siapa macam ni mengaku cepat 🙊🤪?! #wawaofficialhq #wawaskincare #wawasunscreen #wawasunkids #wawamommybaby #sunkids #wawasunkissedcombo #wawasuncreenkids #sunscreenviral
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai lakonan Chemad dan Aaisyah dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. Nampak sepadan betul lah Chemad dan Ecah, hehee.. “
” Amboiiiii.kecik2 da pndai crush2 eh.. Biasyeee diaaaa.. Btw anak Che Ta dgn Diana ni memang model level2 international betul.. “
” Wahhh sekarang turn anak anak pulak ek. Macam bollywood, anak anak take over dah.. Hehehe tengok Muhammad sebiji Farid.. “
” Dua2 kacukan, memang handsome dan cantik lah tengok.. Fuhh Aaisyah buat rambut macam tu terus Che mad buat handsome, hehehe.. “
” Justin bieber malaysia dengan Danielle Malaysia.. Dua-dua gabungan mak pak herlok.. Orang cakap baja jenis gred AAAAA.. “
” Uish lain mcm gabungan dia.. Aduhh cepat pulak membesar. Nampak gayanya kita semakin menua ya.. Cepat betul bdk2 sekarang membesar.. “
” Asal aku lak yg tersenyum ii ni, hehe.. Dua dua versi matsaleh tapi nama classic melayu. Lovveeeee sangattt tau kita tengok.. “
Pejam celik, pejam celik, kini Aaisyah dan Chemad sudah semakin membesar. Aaisyah sememangnya pandai menjiwai watak yang diberikan. Chemad pula makin handsome, betul-betul mewarisi ketampanan ayahnya, Farid Kamil dan juga pandai berlakon. Tidak mustahil mereka berdua bakal menjadi pelapis dalam dunia seni lakonan satu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok wawaofficila_hq, IG wawaofficialhq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

