Artis / Selebriti
” Bila Syahmi gelak angin, aku dah tak boleh tahan. Keras perut ketawa, haha.. ” – Netizen
Video Asif Suhaimi Bercerita Mengenai Kisah Percintaannya Buat Ramai Terhibur. Baru Keluar Dating Kali Pertama, Sudah Putus Cinta. Dengan Kena Tinggal Dekat Mall, Jalan Kaki Dari Kuantan Ke Kelantan. Adui Sumpah Lawak Lah Asif Weh !!
Asif Suhaimi mula dikenali menerusi video daripada Youtuber Syahmi Sazli. Sekali pun memegang status OKU, Asif pandai berlakon secara spontan dan ayat lucunya itu yang membuatkan Asif disukai oleh ramai warganet di seluruh negara.
Meninjau akaun Instagram Syahmi Sazli, telah dikongsikan satu video podcast yang memaparkan perbualan antara Syahmi dan Asif. Syahmi bertanyakan kepada Asif mengenai pertanyaan daripada wargamaya bila Asif hendak berkahwin.
Seperti dijangka, jawapan Asif memang menggeletek hati. Kata Asif, dia baru sahaja putus cinta dengan seorang gadis bernama Siti. Tidak hanya Siti, ada lagi Bella dan Syahirah dalam kisah percintaan Asif ini. Jarang betul ada kisah cinta seperti Asif.

Manakan tidak, baru keluar dating kali pertama, sudah putus cinta. Belum lagi Asif sewa sebiji bas untuk ke rumah kekasihnya di Kuantan. Plot twist paling kelakar, hendak kahwin dengan anak, tiba-tiba terkahwin dengan mak. Adui lah Asif, syahdu betul sampai Syahmi sendiri terbahak ketawa dan keluar air mata.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Syahmi ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Saru la asyik putus je.. lepas tu kalau tanya kenapa putus dia kata kena tinggal makwe haha.. ”
” Plot twist betul haha.. nikah dengan mak Syahirah haha. Adui letih aku ketawa ni Asif. Dari mengantuk jadi segar terus. Nakal dia, masuk minta mak Syahirah la, cerai la haha.. ”
” Haha tengah sakit kepala tambah lagi sakit kepala dengar Asif punya cerita.. Apa last nikah dengan mak Syahirah hahah.. adui i can’t brain ni Asif.. ”
” HAha parah kisah makwe Asif ni. kena tinggal Aeon Mall pun ada, balik jalan kaki dari Kuantan pun ada. last-last nikah dengan mak girlfriend haha. hilang stress weh tengok video ni.. ”
” Sampai part nikah dengan mak Syahirah, bila Syahmi gelak angin aku dah tak boleh tahan blah. dah keras perut ketawa haha.. lawak Asif ni.. ”
” Sumpah penat weh ketawa dengar kisah cinta Asif ni. Kalau Syahmi sendiri pun ketawa sampai keluar airmata, kita ni lagi lah haha.. kuantan sungai petani haha.. ”
” Senak perut aku ketawa haha, percintaan paling syahdu haha. Aku penat weyhhh nak brain cerita dia.. ”
Adui ketawa terbahak-bahak dengar cerita Asif, Syahmi pun pandai memainkan peranan. Nasib lah kisah cinta Asif ni hanya rekaan semata-mata. Apa-apa pun, terima kasih Asif kerana membuatkan ramai terhibur. Semoga Asif happy selalu dan bertemu cinta sejati.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syahmi Sazli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen



