Artis / Selebriti
” Bila lebih kerap dapat jumpa buah hati, air muka Kamal nampak semakin ceria.. ” – Komen Netizen
Kamal Adli kongsi video terbaru bersama anaknya, Hawra Uqaira curi perhatian peminat. Alahai, happynya Hawra dapat bergurau senda dengan ayah. Kamal pun nampak makin ceria..
Sekali pun Kamal Adli dan Uqasha Senrose sudah tidak lagi bergelar suami isteri, namun kasih sayang mereka untuk satu-satunya anak mereka, Hawra Uqaira tetap sama seperti dulu. Uqasha tidak ada larangan untuk Kamal bertemu dengan Hawra. Sebelum ini, sudah beberapa kali Kamal berkongsikan video moment dirinya keluar bersama Hawra.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kamal Adli, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kamal dan Hawra berbuka puasa bersama. Hawra kelihatan gembira apabila Kamal bermain dan menghiburkannya dengan nyanyian dan bunyi-bunyian.
Kamal semakin hari semakin kelihatan ceria dan tidak lagi kusut wajahnya. Sebagaimana yang Kamal tulis di ruanh kapsyen, Hawra adalah satu-satunya ‘girlfriend’ Kamal dan rasa rindu Kamal sentiasa ada untuk Hawra. Memetik komen warganet, cinta pertama seorang anak perempuan adalah ayahnya.

Warganet juga memberikan pujian mereka kepada Kamal dan Uqasha yang selalu berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk Hawra. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Uqasha kerana tidak memutuskan hubungan antara anak dan ayah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” MasyaAllah suka la tgk Uqasha n Kamal entertain ank depa… Semangat tu tak smua parent ada… Alhamdulillah Tabarakallah.. “
” Ada hikmah semua nya.. Alhamdulillah suka tgk anaknya happy bersama sosok seorg ayah.. Semoga yang baik2 sahaja dan sentiasa dalam lindunga Allah s.w.t.. “
” Comelnya Hawra. Semoga di bulan yang baik ini ada keajaiban dan kebahagiaan untuk anda bertiga, kamaladli uqashasenrose2.. “
” The 1st man she loves. Keep going Kamal.. You can do this.. Status mak ayah saja yang berubah tapi kasih sayang mereka berdua pada hawra tetap sama,.. moga bahagia selalu buat mereka bertiga.. “
” Bila lbh kerap dpt jumpa “buahati” air muka Kamal nmpk semakin ceria…. Alhamdulillah.. thanks juga pada Uqasha sebab bagi hawra jumpa daddy dia… cam gini kan bagus.. “
” Thanks uqashasenrose2 dpt anak mmbesar dgn kasih syg ibu ayah wlupun dah berpisah.. Win2 situation..sronok tgk.. “
” Lelaki simple, penghibur.. besar dh hawra siap bertopi lagi.. pandai main jari masok mlot bunyi popop ehh hawra ni.. “
Kebahagiaan Kamal yang sebenar-benarnya apabila Hawra ada bersamanya. Seronok warganet melihat telatah Hawra apabila bersama Kamal itu. Semoga segala yang baik-baik untuk Kamal, Hawra dan Uqasha. Semoga berbahagia selalu dan menjadi co-parenting partner yang terbaik untuk Hawra.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kamal Adli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

