Artis / Selebriti
” Bibir tu terkemut-kemut tunggu. Comel sangat.. ” – Netizen
Video Siti Aafiyah Menyahut Cabaran Patience Challenge Buat Ramai Kagum Dan Memberi Pujian. Wah, Penyabar Sungguh Aafiyah, Mendengar Kata Sangat !!
Siti Aafiyah merupakan salah seorang anak selebriti yang sentiasa menjadi perhatian di media sosial. Aafiyah merupakan permata hati penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 dan kini dia sudah berusia 2 tahun. Semakin Aafiyah membesar semakin banyak gelagat Aafiyah yang menghiburkan hati ibunya dan juga para peminatnya. Ini kerana video Aafiyah sering dikongsikan di media sosial.
Semestinya Aafiyah popular sama seperti ibunya kerana ke mana sahaja Dato’ Seri Siti pergi pasti Aafiyah akan turut serta. Kelahiran Aafiyah sangat menjadi penyeri rumah tangga Dato’ Seri Siti setelah 11 tahun menantikan kehadiran cahaya mata.

Menerusi akaun Instagram, video Aafiyah telah dikongsi oleh pengasuhnya, Dayah Zubit. Dayah membuat Patience Challenge kepada Aafiyah untuk menguji tahap kesabaran Aafiyah dan untuk melihat sama ada Aafiyah mahu mendengar arahan atau tidak. Hasilnya buat ramai yang teruja.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen memuji tahap kesabaran Aafiyah. Antara komen-komen mereka :
” Penyabarnye dia.. statik je duduk. Bgus btul Aafiyah ni.. “
” Sabarnya dia tunggu.. baiknya aafiyah.. smga jd anak yg solehah.. aaminn.. “
” Comelnyaaaaaa Aafiyah n i! penyayang betul ! Hehe.. “
” Subhanallah Aafiyah dlm dia tak tau dok diam tue sbnrnya dia sgt mendengar kata, sabar, bijak sungguh. Comel sungguh.. “
” Dlm cheeky2 Aafiyah.. boleh sabar je dia tunggu kakak.. tak toleh pun kt yogurt tu.. “
” Yeayyyy good girl lah Aafiyah dgr kata langsung tk grk2 pun… “
” Hahahah ya Allah pandainyee la Aafiyah.. “
” Bibir tu tkemut2 tggu… comey sgt.. “
Wah, bagusnya Aafiyah. Aafiyah sememang seorang budak yang mendengar kata dan penyabar. Lihatlah betapa dia bersabar menanti pengasuhnya datang semula kepadanya. Nampaknya selepas ini Arif Jiwa perlu menyahut cabaran ini pula. Boleh ke tidak ?

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dayah Zubit, Siti Aafiyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

