Artis / Selebriti
” Afwa dah mandi, saya dah mandi. Ibu je tak mandi, busuk.. ” – Aafiyah
Video Aafiyah kantoikan ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza belum mandi sedang live buat ramai terhibur. Reaksi DS Siti bila Aafiyah cakap dia busuk mencuit hati warganet. Lawak lah Tokti, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, pasti mengetahui yang DS Siti sering membuat video live di akaun TikTok miliknya. Apa yang menariknya, ada kalanya video live tersebut turut disertai oleh dua orang anaknya, Aafiyah dan Afwa.
Meninjau di akaun Instagram milik daniyazuera, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan DS Siti sedang membuat live bersama Aafiyah dan Afwa. Menerusi video itu, ada yang sempat bertanya sama ada Aafiyah sudah mandi, lalu Aafiyah menjawab yang dirinya dan Afwa sudah pun mandi.
Namun tidak disangka, secara spontan Aafiyah memberitahu yang ibunya sahaja yang belum mandi. Lebih mencuit hati, Aafiyah sempat mencium badan DS Siti sambil berkata ibunya ‘busuk’. Mendengar pengakuan spontan itu, DS Siti kelihatan terkejut dan tersenyum malu.

DS Siti menafikan apa yang dikatakan Aafiyah itu dan memberitahu yang dirinya sebenarnya sudah mandi lebih awal daripada Aafiyah. Perkongsian video ini menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet yang begitu terhibur menonton gelagat comel keluarga ini.
Tonton video di bawah ini :
@daniyazuera @Zura Ibrahim | Teamstarz @Zura Ibrahim | Teamstarz @Zura Ibrahim | Teamstarz Bila Aafiyah menyakat ibu. Comel Tokti dan Aafiyah #viral #toktitiktok #aafiyah #highlight #funny
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet kepada DS Siti dan Aafiyah. Antara komen-komen menarik adalah :
” 1st time aunty dengaq mak hang kata ‘kuasam’ Aafiyah oii, haha.. Tapi budak2 tak pandai menipu Tokti, hahahahaa.. “
” HAHAHHAHHAAH terus hilang Siti Nurhaliza bila masuk dua orang anak dia ni, hahahaha.. Lawak weh dengar Datuk Siti cakap kuang asam, haha.. “
” Omg .. Biduanita negara dibusukkan oleh anaknya sendiri, hahahahha.. Aafiyah ni tak pandai jaga rahsia betul lah.. “
” Aku tak bolehhh la anak beranak niii…. Affiyaaahhh tu Ct nurhalizaa tuuuuu…. Awak kenal tak.. Hahahaha.. “
” Dgn Afwa lompat2 kt sebelah tu. ee geram jekk.. Aafiyah pula pecah tembelang ibu tak mandi, riuh rendah jadinya.. “
” Hahahah wehh, maappp2 Tokti kita tergelakk.. Ank² pling jujur jatuh kt anak Tokti dgn ank Anzalna, haha.. “
” Hahahaha terkejut si ibu dengar pengakuan anak, mesti tak sangka Aafiyah akan cakap mcam tu, hahaha ibu pun smpai cium2 baju nk tahu busuk betul ke tak.. “
Gelagat spontan Aafiyah dan reaksi DS Siti ternyata mencuit hati ramai. Seloroh warganet, kanak-kanak memang tidak pandai menipu, jadi mungkin apa yang dikatakan Aafiyah itu benar. Comel sungguh cara Aafiyah menyakat ibunya, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok daniyazuera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

