Artis / Selebriti
” Betul-betul ringkas majlis merisik dia, tapi memang nampak cantik sangat Ina.. ” – Komen Netizen
Video dan gambar throwback sekitar majlis merisik Ina Naim dengan Khairul rarik perhatian ramai. Alahai manis sungguh Ina, tak nampak macam ibu anak 4 pun. Majlis pun ringkas sahaja..
Pada 8 November lalu, penyanyi Ina Naim telah kembali bergelar sebagai seorang isteri apabila selamat disatukan dengan lelaki pilihan hatinya, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Telur Pindang Tradisi Johor, telah dikongsikan video dan gambar-gambar throwback sekitar majlis merisik Ina. Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan Ina tampil mengenakan baju kurung serta majlis merisik itu diadakan secara ringkas sahaja.
Cincin tanda merisik disarungkan sendiri oleh kakak Khairul yang juga memilik akaun Instagram ini. Selepas selesai upacara menyarung cincin, kedua pihak keluarga mengabadikan gambar kenangan bersama. Perkongsian gambar merisik Ina ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang memuji penampilan Ina kelihatan cantik dan wajahnya berseri-seri meksipun hanya tampil ringkas di hari majlis merisiknya. Selain itu, ada juga yang mengatakan wajah Ina dan Khairul begitu iras serta mendoakan agar jodoh mereka akan berkekalan.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar-gambar seterusnya)
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian gambar-gambar majlis merisik Ina dan turut menitipkan doa buat pasangan ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Betul-betul ringkas majlis merisik dia, tapi memang nampak cantik sangat Ina.. Tahniah Ina, semoga kekal bahagia bersama Khairul.. “
” Alhamdulillah. Aturan Allah yang sangat indah.. Seronok tengok Ina dah jumpa kebahagiaannya.. Semoga kekal hingga ke syurga, insyaallah.. “
” Moga kebahagiaan Ina dn suami kekal higga ke syurga.. Amin. Suka tgok tt live Ina n suami sweet sangat pengantin baru ni.. “
” Masha Allah tabarakallah.. Alhamdulillah kebahagiaan ina n anak² sekeluarga kembali lengkap.. Tumpang happy dengan Ina.. Tahniah2..”
” Cantiknya Ina.. Tak macam bukan mak anak 4.. Berseri2 sangat walaupun simple je pakai.. Suka betul tengok Ina, sejuk mata memandang.. “
” Muka Ina dgn suami iras sgt2.. Jodoh Dari Allah.. Manis betul Ina di hari majlis merisiknya.. Alhamdulillah dah jadi suami isteri sekarang.. “
” Ina ni memang real cantik, tak payah pun nk solek2.. Cukup dia senyum pun kita tengok dia dah manis sangat.. Tahniah Ina dah kembali bergelar seorang isteri.. “
Alahai manisnya wajah Ina, patut lah ramai yang memuji. Ringkas betul majlis merisik, hanya disarungkan cincin sahaja sebagai mengikat tanda janji untuk mendirikan rumah tangga. Apa-apa pun, didoakan semoga rumahtangga yang baru dibina oleh Ina dan Khairul akan terus bahagia serta kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG & TikTok telurpindangtradisijohor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

